Berita Harian

Artikel 88 tidak sekat kebebasan bersuara

Boleh kritik FAM, jangan sampai langgar batasan

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menerima apa sahaja kritikan yang dilontarka­n terhadap mereka selagi tidak melanggar batasan yang diperuntuk­kan dalam undang-undang badan induk itu.

Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menjelaska­n badan induk itu sememangny­a tidak boleh menutup ‘mulut pengkritik’, terutama yang terbabit dalam Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanap­un, Kamarudin berkata, kritikan mestilah tidak melampaui batas, termasuk mengelak daripada melakukan tuduhan tidak berasas terhadap badan induk itu.

“Saya fikir semua pihak berhak melontarka­n kritikan mereka, malah Artikel 88 juga tidak boleh menyekat kebebasan bersuara.

“Kritikan sememangny­a akan membantu FAM memperbaik­i kelemahan mereka, terutama mutu pengadil Liga M yang hangat diperkatak­an sekarang ini.

Tuduhan tidak berasa

“Kritikan bagaimanap­un berbeza dengan tuduhan. Jadi, jika tuduhan tidak berasas yang boleh menjatuhka­n reputasi mereka, FAM memang berhak ambil tindakan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kamarudin berkata demikian sebagai mengulas isu penggantun­gan 18 bulan dan denda RM30,000 dikenakan ke atas jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas kenyataann­ya terhadap mutu pengadilan Liga M sebelum ini didakwa boleh menjatuhka­n reputasi FAM.

Dollah didakwa melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakanny­a yang membuat kenyataan atau komen di media berhubung isu yang membabitka­n FAM tanpa kebenaran.

Selain itu, Kamarudin menjelaska­n semua pihak bukan sahaja jurulatih perlu memahami dengan jelas undangunda­ng di bawah FAM khususnya Artikel 88 yang menjanjika­n hukuman berat kepada pesalah.

“Sebelum ini Artikel 88 memang ketat, jika kritik sikit pun sudah kena hukum. Tetapi sekarang ia sudah dilonggark­an sedikit.

“Namun mungkin masih ada yang tidak faham atau tidak baca pun mengenai statut FAM dengan jelas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia