Berita Harian

PBNP boleh tamatkan kontrak Dollah

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) boleh menamatkan kontrak Dollah Salleh jika mereka mahu.

Ia berikutan penggantun­gan selama sembilan bulan tidak boleh terbabit dalam aktiviti bola sepak yang kenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Dollah, sejak Jumaat lalu.

Ejen pemain berpengala­man, Effendi Jagan Abdullah menjelaska­n, jika menurut kontrak biasa, jurulatih yang digantung boleh ditamatkan perkhidmat­an mereka oleh pasukan.

Budi bicara pasukan

Bagaimanap­un, beliau berkata ia bergantung kepada budi bicara pasukan dan PBNP perlu mendapatka­n penjelasan daripada Dollah menerusi surat tunjuk sebab terlebih dahulu.

“Kebiasaann­ya ia (menamatkan perkhidmat­an jurulatih) sudah terkandung dalam kontrak jurulatih dengan pasukan.

“Apapun, ia tetap tertakluk kepada budi bicara pasukan sama ada mahu terus mengekalka­n atau menamatkan kontrak jurulatih itu,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Dollah digantung selama 18 bulan dan denda RM30,000 dengan penggantun­gan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) dan baki 9 bulan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh terlebih dahulu, tertakluk kepada kepada kelakuan baik beliau.

Selain itu, Effendi turut tidak menolak kemungkina­n PBNP akan mengekalka­n Dollah kerana sumbangann­ya yang besar kepada bola sepak Pahang.

“Saya fikir hukuman Dollah akan dikurangka­n selepas dia mengemukak­an rayuan dan PBNP juga mungkin akan mengekalka­n khidmatnya bersama pasukan,” katanya.

 ??  ?? PBNP perlu mendapatka­n penjelasan daripada Dollah menerusi surat tunjuk sebab terlebih dahulu jika mahu menamatkan kontrak jurulatih Pahang itu.
PBNP perlu mendapatka­n penjelasan daripada Dollah menerusi surat tunjuk sebab terlebih dahulu jika mahu menamatkan kontrak jurulatih Pahang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia