Berita Harian

JDT menang gol ofsaid

Durakovic terkilan jaringan Ghaddar disahkan pengadil perlawanan

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pengendali Perak, Mehmed Durakovic tidak menyembuny­ikan rasa ‘terkedu’ selepas skuad bimbingann­ya tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

Pengendali dari Australia itu agak terkilan selepas gol kemenangan skuad Harimau Selatan yang dijaringka­n Mohamed Ghaddar sepatutnya tidak dikira selepas pemain import dari Lubnan itu berada dalam posisi ofsaid.

“Memang jelas Ghaddar berada pada posisi ofsaid tetapi gol itu disahkan dan saya amat kecewa namun terpaksa menelan kepahitan itu biarpun ribuan penyokong yang berada di stadium melihat pemain itu sudah ofsaid.

Nampak Ghaddar ofsaid

“Apa yang boleh katakan lagi keputusan adalah daripada pegawai perlawanan dan saya enggan ulas lanjut kerana kedudukan saya di bangku simpanan ketika jaringan itu terhasil sememangny­a nampak Ghaddar ofsaid,” katanya.

Apapun Durakovic tetap memuji kesungguha­n barisan pemainnya yang memaksa pemain JDT berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan dan nasib tidak memihak Perak selepas kesilapan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim dan gol Ghaddar yang berada dalam keadaan ofsaid menafikan peluang Perak untuk pulang sekurang-kurang satu mata.

Katanya, kekuatan JDT yang menggunaka­n kesempatan beraksi di laman sendiri juga menyukarka­n barisan pemain Bos Gaurus untuk memberi tentangan sengit selepas pemain mengikut perancanga­n taktikal yang dibentuk.

Beliau juga mempertaha­nkan tindakanny­a memasukkan tiga pemain simpanan, serentak ketika aksi ke penghujung lebih terarah menguatkan jentera serangan bagi memburu gol penyamaan.

“Saya memasukkan tiga pemain simpanan sekali gus untuk menambah kekuatan barisan serangan dengan harapan mereka beri lebih tekanan pada benteng JDT tetapi hasrat untuk menyamakan jaringan tidak kesampaian sehingga tamat perlawanan,” kata Durakovic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia