Berita Harian

Annuar anggap TRW ‘pasukan cacat’

- Oleh Nor Amalina Alias

Kota Bharu: Tan Sri Annuar Musa menyifatka­n pasukan bola sepak Kelantan umpama pasukan yang cacat dengan kaki dan tangan diikat sehingga mengalami siri kekalahan dalam persaingan Liga Super.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata siri kekalahan berpunca kerana Kelantan tidak menerima layanan sewajarnya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsia­n Lialibilit­i Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Kaki dan tangan diikat

Katanya, fakta yang tidak boleh dinafikan ialah pelbagai masalah dalaman berlaku dalam pasukan The Red Warriors (TRW), termasuk pemotongan mata perlawanan dan tidak diberi kelulusan pemain import.

Akibatnya Kelantan mengalami beberapa kekalahan, terbaru apabila dibelasah Kedah 5-0 dalam saingan Liga Super, malam tadi.

“Ada mata, mata dipotong, beli pemain tak diberi, Kelantan sekarang bermain dalam keadaan kaki dan tangan diikat, pasukan ini dah jadi pasukan yang ‘cacat’,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Ketereh di sini, semalam.

Annuar berkata, dengan kekalahan itu, pasukan kendalian Zahasmi Ismail seakan dipaksa turun bermain ke Liga Perdana.

“Bagaimanap­un, saya lihat permainan semalam (malam tadi), pemain Kelantan bermain dengan cantik,” katanya.

Pasukan TRW dibelasah Kedah di Stadium Darul Aman yang menyaksika­n Kelantan kini di tangga kesembilan dalam saingan Liga Super setakat ini. Penasihat KAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia