Berita Harian

GLC EXPLORACE 2017

Dijangka jana hasil RM9B

-

Acara tahunan, GLC Explorace 2017 yang menghimpun­kan usahawan dan vendor tempatan pada bulan depan, dijangka dapat menjana hasil sekurang-kurangnya RM9 bilion di bawah program pembanguna­n vendor.

Program itu sebelum ini berjaya menjana perolehan kontrak berni- lai RM28.1 bilion bagi tempoh 2014 hingga 2016.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata 21 syarikat teraju dan 63 vendor mewakili pelbagai sektor, akan menyertai acara sehari pada 8 Ogos ini.

Katanya, syarikat teraju UEM Group Bhd turut beroperasi di luar negara, akan menyertai acara itu.

Beliau berkata, ia adalah kesempatan vendor yang memang menunggu turut terbabit dalam projek syarikat itu pada masa depan.

“Pada masa sama, kita juga mahu mereka maju ke tahap seterusnya dalam program ini iaitu untuk melakar kejayaan pada peringkat kebangsaan, serantau dan global,” katanya kepada pemberita pada majlis prapelanca­ran GLC Explorace di Kuala Lumpur, semalam.

Bertemakan ‘Mencapai Kecemerlan­gan Dalam Dunia Digital’, GLC Explorace 2017 yang juga inisiatif kementeria­n akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Ia turut menjadi platform untuk perusahaan kecil dan sederhana menimba pengetahua­n dan mendapat idea atau cadangan perniagaan.

Acara itu juga dijangka menarik seramai 3,000 pengunjung iaitu peningkata­n ketara berbanding 2,000 orang pada 2016.

 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Najib Abdullah, Mustapa, Ketua Pegawai Eksekutif UEM, Datuk Izzaddin Idris dan Ketua Perolehan Kumpulan Sime Darby, Adi Wira Abdul Razak pada majlis prapelanca­ran GLC Explorace di Kuala Lumpur, semalam.
Dari kiri Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Najib Abdullah, Mustapa, Ketua Pegawai Eksekutif UEM, Datuk Izzaddin Idris dan Ketua Perolehan Kumpulan Sime Darby, Adi Wira Abdul Razak pada majlis prapelanca­ran GLC Explorace di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia