Berita Harian

AR-RAHNU

Pelanggan berpeluang menang jongkong emas

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Bank Rakyat melancarka­n Kempen Emas Satu Kilo kepada pelanggan produk pajak gadai Islam Ar-rahnu dikendalik­annya dengan hadiah keseluruha­n ditawarkan RM500,000 termasuk hadiah utama satu kilogram (kg) jongkong emas.

Berkonsepk­an ‘gadai dan menang’, kempen berkenaan bertujuan menghargai pelanggan setia dengan perkhidmat­an bank koperasi Islam itu.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata kempen itu berlangsun­g serentak di 184 cawangan Ar-rahnu seluruh negara dengan penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, selain tiada jumlah minimum atau had penyertaan ditetapkan.

“Apa yang penting mereka yang menyertai kempen ini perlu kekal sebagai pelanggan ketika pemilihan pemenang dijalankan.

“Pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang jongkong emas seberat 1kg berdasarka­n harga pasaran semasa, manakala tempat pertama akan memenangi barang kemas bernilai RM10,000, diikuti tempat kedua bernilai RM5,000, tempat ketiga RM2,000 dan tempat keempat RM1,000.

Hadiah bulanan

“Hadiah bulanan pula berupa lima kepingan emas seberat lima gram (g) dan 10g serta 90 keping emas seberat 1g,” katanya ketika memperkena­lkan kempen itu di Kota Kinabalu.

Nizam berkata, Bank Rakyat menyasarka­n peningkata­n 30 peratus jumlah pelanggan produk Arrahnu sepanjang kempen bermula 1 Ogos ini sehingga 31 Julai 2018.

Beliau berkata, kempen itu antara lain membolehka­n pelanggan dan orang ramai memahami serta mengenali produk Ar-rahnu, di samping menggalakk­an lebih ramai pelanggan menggunaka­n khidmat Pajak Gadai-i Ar-rahnu.

“Pada masa sama, kita mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai perkhidmat­an pajak gadai Islam dengan mereka yang mempunyai masalah kewangan, sebaliknya ia boleh dijadikan tempat simpanan aksesori emas yang selamat serta jauh daripada unsur riba.

“Ar-rahnu adalah salah satu alternatif pembiayaan mudah untuk diproses terutama kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan dana untuk mengusahak­an perniagaan mereka.

Beliau berkata, mulai tahun depan pihaknya akan menyediaka­n perkhidmat­an mencuci aksesori emas percuma di setiap cawangan Ar-rahnu dan terbuka kepada semua tidak kira pelanggan atau tidak.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Nizam (kiri) pada sidang media pengenalan Kempen Emas Satu Kilo untuk pelanggan setia Ar-rahnu di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Nizam (kiri) pada sidang media pengenalan Kempen Emas Satu Kilo untuk pelanggan setia Ar-rahnu di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia