Berita Harian

Aladdinstr­eet rancang buka 10 pejabat global tahun ini

Syarikat kenal pasti 30 negara bagi perluas pasaran e-dagang produk halal

- Oleh Shahrizan Salian

Aladdinstr­eet, pasaran e-dagang produk premium dan halalan toyyiban pertama di dunia akan membuka 10 pejabat antarabang­sa sebelum akhir tahun ini, yang setiap satunya membabitka­n pelaburan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM42 juta).

Ia adalah sebahagian perancanga­n besar syarikat yang diasaskan bersama oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor itu untuk muncul pasaran e-dagang produk halal terbesar dunia, selain mencapai sasaran untuk disenaraik­an di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) menjelang 2020.

Pengasas bersama dan Timbalan Presidenny­a, Datuk Wesley Ong, berkata buat masa sekarang syarikat sudah mengenal pasti sehingga 30 negara untuknya menubuhkan pejabat operasi, namun 10 daripadany­a akan beroperasi penuh menjelang akhir tahun ini, apabila perniagaan globalnya bermula Ogos ini.

“Operasi di setiap negara berkenaan akan disokong oleh pasukan, laman web dan sistem e-dagang sepenuhnya sama seperti operasi sedia ada syarikat sekarang ini di Malaysia dan Singapura.

RM2.1B untuk promosi iklan

“Antara negara yang akan memulakan operasi pada tahun ini termasuk China, yang akan bermula pada September ini. Negara lain adalah Thailand, Indonesia, Pakistan dan beberapa negara di rantau Asia Tengah.

“Kami juga akan melabur sehingga AS$500 juta (RM2.1 bilion) bagi promosi dan pengiklana­n (A&P) global dalam tempoh empat tahun akan datang ,” katanya pada sidang media kempen To United We Celebrate anjuran Aladdinstr­eet di Kuala Lumpur, semalam.

Kempen global itu sebahagian perjanjian kerjasama yang dimeterai Aladdinstr­eet bersama kelab gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United pada Mac lalu.

Di bawah perjanjian selama lima tahun itu, Aladdinstr­eet akan menjadi rakan rasmi pasaran e-dagang global Manchester United. Jenama Aladdinstr­eet antara lain akan terpampang di papan iklan elektronik semasa perlawanan membabitka­n Manchester United di Stadium Old Trafford.

Mengulas kempen berkenaan, Ong berkata, 32 pemenang berpeluang memenangi pelbagai hadiah hanya dengan berbelanja di platform tempatan atau antarabang­sa Aladdinstr­eet di www. aladdinstr­eet.com dan www.aladdinstr­eet.com.my.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] ?? Ong (kiri) dan Naib Presiden Kanan Aladdinstr­eet, Datuk Seri Vincent Tiew pada sidang media kempen To United We Celebrate anjuran Aladdinstr­eet di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] Ong (kiri) dan Naib Presiden Kanan Aladdinstr­eet, Datuk Seri Vincent Tiew pada sidang media kempen To United We Celebrate anjuran Aladdinstr­eet di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia