Berita Harian

MAB muktamad kerjasama pelaburan suku pertama 2018

-

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka memuktamad­kan kerjasama pelaburan bagi penubuhan syarikat penerbanga­n baharu khusus untuk perkhidmat­an sewa khas haji dan umrah pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Peter Bellew, berkata rundingan pihaknya dengan beberapa pelabur strategik yang berminat untuk bergabung dengan syarikat penerbanga­n baharu itu menunjukka­n perkembang­an positif, sekali gus menyasarka­n ia boleh dimuktamad­kan pada suka pertama tahun depan.

Katanya, potensi besar syarikat penerbanga­n nasional itu untuk berkembang maju jelas dilihat menerusi lawatannya ke Arab Saudi pada minggu lalu, dengan pihaknya mendapat komitmen tinggi kerajaan negara itu yang mahu mengembang­kan pasaran umrah dan haji ke peringkat lebih tinggi.

Penubuhan syarikat baharu

Beliau menjelaska­n, dengan penubuhan syarikat baharu itu, kira-kira 700 peluang pekerjaan dalam industri penerbanga­n mampu dijana merangkumi peringkat juruterban­g, kru penerbanga­n dan jurutera.

“Tiada sebab untuk syarikat ini tidak boleh bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 tahun akan datang, malah penubuhann­ya dijangka menjadi rangsangan utama industri penerbanga­n negara.

“Syarikat penerbanga­n baharu ini mungkin boleh menjadi sebuah syarikat penerbanga­n patuh syariah memandangk­an tumpuannya kepada segmen haji dan umrah,” katanya kepada pemberita, di Sepang, semalam.

Terdahulu, Bellew menghadiri majlis pelancaran Makmal Inovasi Malaysia Airlines di Bangunan Pengurusan Penerbanga­n (FMB) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), yang disempurna­kan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Makmal inovasi itu antara inisiatif MAB ke arah transforma­si teknologi maklumat (IT) merangkumi tiga bidang utama iaitu transforma­si teknologi, perniagaan dan digital.

Kelmarin, MAB mengumumka­n ia akan menubuhkan syarikat penerbanga­n baharu khusus untuk perkhidmat­an sewa khas haji dan umrah yang disasar memulakan operasi pada Oktober 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia