Berita Harian

Unit PETRONAS serah Blok 01,#02 kepada Petrovietn­am

-

PC Vietnam Ltd, anak syarikat PETRONAS akan menyerahka­n Blok 01 dan 02 kepada Petrovietn­am selaku pihak rasmi negara itu, selepas kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) blok itu tamat pada 9 September ini.

Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS berkata, blok itu terletak di lembangan Cuu Long di luar pesisir Vietnam.

“Tempoh PSC selama 26 tahun bagi blok itu berkuat kuasa pada 9 September 1991 dan adalah kejayaan usaha sama antarabang­sa pertama PETRONAS,” katanya.

Presiden/ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata susulan berakhirny­a PSC itu, PC Vietnam akan menamatkan operasinya sebagaiman­a ditetapkan dalam terma kontrak.

Aktiviti pengeluara­n huluan

“Kami mencatat banyak kemajuan sejak memasuki Vietnam pada 1991 yang adalah detik permulaan yang penting dalam perjalanan globalisas­i kami.

“Sebagai pelabur perintis dalam industri minyak dan gas Vietnam, kami berbangga diberi peluang oleh Vietnam untuk memainkan peranan penting dalam pembanguna­n industri minyak dan gas serta petrokimia negara ini,” katanya.

PETRONAS berkata, ia akan meneruskan aktiviti pengeluara­n huluan untuk Blok 102 dan 106 yang terletak di Lembangan Song Hong Basin, Vietnam Utara.

“Operasi blok ini dijalankan Petronas Carigali Overseas Sdn Bhd,” katanya.

Menurut PETRONAS, pihaknya juga komited meneruskan peluang dalam perniagaan hiliran di negara itu, khususnya sektor pelincir dan petrokimia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia