Berita Harian

EMAS

-

Harga emas meningkat buat hari kedua semalam, mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam minggu apabila dolar jatuh ke paras terendah dalam tempoh 13 bulan selepas Rizab Persekutua­n (Fed) memberi isyarat ia akan mengekalka­n laluan perlahan untuk mengenakan dasar monetari lebih ketat.

Kenyataan Fed itu susulan daripada mesyuarat dasar selama dua hari yang berakhir Rabu, dengan bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu mengekalka­n kadar faedah tidak berubah, namun dijangka mula mengurangk­an pegangan bon yang besar ‘dalam tempoh terdekat ini’.

Penurunan dolar adalah pemangkin kepada emas yang diniagakan dalam dolar menjadikan pembelian bagi logam itu kurang mahal kepada pelabur yang membeli dalam mata wang lain.

“Kami berasakan bahawa emas akan kembali pulih dan kini mungkin dalam kedudukan untuk menguji semula paras tertinggin­ya baru-baru ini.

“Memandangk­an Fed kini dijangka mengekalka­n kadar faedah sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini dan pulangan bon AS merosot, berlaku pemangkin yang boleh mencetuska­n harga emas lebih tinggi dalam jangka terdekat ini,” kata penganalis­is INTL Fcstone, Edward Meir.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,262.78 seauns pada 0630 GMT.

Ia mencecah AS$1,264.90 seauns pada awal sesi, yang tertinggi sejak 15 Jun.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantar­an Ogos meningkat 1.1 peratus kepada AS$1,262.50 seaun.

Semalam, indeks dolar yang mengukur dolar berbanding sekumpulan enam mata wang utama berada pada paras terendah dalam tempoh 13 bulan.

Manakala, harga Perbendaha­raan AS naik selepas kenyataan dasar Fed itu dianggap berpihak kepada kadar faedah rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia