Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit naik berbanding dolar Amerika Syarikat(as) semalam, mendapat manfaat daripada keputusan Rizab Persekutua­n AS yang mahu mengekalka­n kadar faedah lebih lama, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan pada 4.2760/2790 berbanding dolar AS daripada 4.2825/2865 yang dicatatkan kelmarin.

Peniaga itu berkata, berikutan berita itu, mata wang Asia termasuk ringgit mendapat sokongan belian.

“Dolar turun ke paras terendah dalam 2 tahun setengah berbanding euro dan 13 bulan berbanding sekumpulan mata wang utama,” kata peniaga itu.

Beliau berkata harga minyak yang lebih tinggi juga membantu merangsang ringgit untuk diniagakan lebih tinggi.

Bagaimanap­un, berbanding mata wang lain, ringgit diniagakan rendah.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1471/1514 daripada 3.1401/1442 semalam dan berbanding yen, mata wang tempatan susut kepada 3.8377/ 8418 daripada 3.8281/8320 pada Rabu.

Berbanding euro, ia turun kepada 5.0106/0154 daripada 4.9814/9865 yang dicatatkan semalam dan susut kepada 5.6187/6239 daripada 5.5745/5806 pada Rabu berbanding pound.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia