Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut berdasarka­n kebimbanga­n terhadap jumlah pengeluara­n.

Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata niaga hadapan MSM terus meningkat apabila pengeluara­n dijangka lemah berbanding jangkaan pasaran, sementara jangkaan eksport yang lebih kukuh menjelang kenaikan harga.

“Kami mengesan tahap sokongan pada harga RM2,600 satu tan dan rintangan pada RM2,690 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Bulan Ogos 2017 naik RM40 kepada RM2,692 satu tan, September 2017 meningkat RM44 kepada RM2,684 satu tan, manakala Oktober 2017 dan November 2017 masing-masing mencecah RM48 kepada RM2,677 satu tan dan RM2,676 satu tan.

Perolehan meningkat kepada 61,814 lot daripada 50,139 lot pada Rabu, manakala minat terbuka meningkat kepada 278,702 kontrak daripada 265,067 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan berjumlah RM2,700 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia