Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia naik sedikit semalam setelah turun semalam dan berakhir bercampur-campur selepas pasaran niaga hadapan getah serantau didagangka­n dalam jajaran kecil, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata, kenaikan berkenaan disekat oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Penanda aras niaga hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo turun sedikit hari ini (semalam), dipengaruh­i oleh kejatuhan di niaga hadapan getah Shanghai dan pengukuhan yen berbanding dolar AS,” katanya.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 1.5 sen kepada RM6.415 sekilogram manakala susu getah pukal susut lima sen kepada RM5.13 sekilogram.

Harga akhir tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok 8.5 sen kepada RM6.45 sekilogram manakala susu getah pukal merosot 3.5 sen kepada RM5.10 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia