Berita Harian

Bursa ditutup paras tertinggi

Prestasi dalam tempoh tiga minggu dipacu harga minyak mentah

-

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu memandangk­an sentimen pelabur dipacu oleh harga minyak mentah lebih kukuh, seiring pendirian Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) yang berpihak kepada kadar faedah rendah.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,770.07, meningkat 4.07 mata atau 0.23 peratus, daripada 1,766.0 ketika ditutup pada Rabu.

Penanda aras pasaran itu dibuka 0.03 mata lebih rendah kepada 1,765.97 sebelum bergerak antara 1,765.84 dan 1,772.03 sepanjang hari. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 425 berbanding 410, manakala 410 kaunter tidak berubah, 606 kaunter tidak diniagakan dan 85 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.58 bilion unit bernilai RM1.97 bilion, daripada 1.30 bilion unit bernilai RM1.55 bilion semalam.

Peniaga berkata, prestasi Bursa Malaysia yang meningkat itu turut seiring dengan pasaran saham Asia lain.

Pada peringkat rantau, Straits Times Singapura naik 14.67 mata atau 0.44 peratus kepada 3,351.39, Nikkei Jepun meningkat 29.48 mata atau 0.15 peratus kepada 20,079.64 dan Hang Seng Hong Kong melonjak 190.15 mata atau 0.71 peratus kepada 27,131.17.

Di pasaran tempatan, antara saham wajaran tinggi, CIMB naik 19 sen kepada RM6.59, Digi menokok tiga sen kepada RM4.78, Genting dan Hapseng masingmasi­ng naik lima sen kepada RM9.72 dan RM9.15 dan Maxis bertambah dua sen kepada RM5.59. Antara saham aktif pula, Mlab naik satu sen kepada 17 sen, Mpay menokok dua sen kepada 28.5 sen, Talam Transform tambah setengah sen kepada 5.5 sen manakala Vivocom dan warannya masingmasi­ng naik satu sen dan setengah sen kepada 14.5 sen dan 5.5 sen.

Aeon Credit berada di kedudukan teratas senarai saham paling untung apabila melonjak 46 sen kepada RM13.96, manakala saham paling rugi Atlan merosot 32 sen kepada RM4.20.

Indeks FBM Emas meningkat 37.56 mata kepada 12,567.60, Indeks FBM Emas Syariah menokok 13.14 mata kepada 12,745.40 dan Indeks FBMT 100 naik 36.81 mata kepada 12,247.65. FBM 70 meningkat 77.62 mata kepada 14,970.57 dan FBM Ace melonjak 79.83 mata kepada 6,671.58.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 78.14 mata kepada 16,830.79 dan Indeks Perusahaan bertambah 6.76 mata kepada 3,283.87 Indeks Perladanga­n susut 18.09 mata kepada 7,835.40.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.01 bilion saham bernilai RM1.84 bilion daripada 887.81 juta saham bernilai RM1.44 bilion pada Rabu.

Warant naik kepada 122.30 juta unit bernilai RM13.05 juta berbanding 111.81 juta unit bernilai RM12.49 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 449.48 juta saham bernilai RM114.91 juta daripada 295.52 juta saham bernilai RM88.94 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 35.63 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (225.22 juta), pembinaan (94.61 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (415.88 juta), teknologi (41.80 juta), infrastruk­tur (7.56 juta), SPAC (5.59 juta), kewangan (65.87 juta), hotel (4.34 juta), hartanah (95.09 juta), perladanga­n (9.86 juta), perlombong­an (6,600), REIT (8.60 juta) dan dana tertutup (1,100).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia