Berita Harian

Pasaran utama Asia meningkat

-

utama Asia meningkat semalam, namun dolar bergelut selepas mengalami kerugian hari sebelumnya apabila spekulasi Rizab Persekutua­n akan menangguhk­an kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Peniaga serantau menjejaki rekod baharu di Wall Street berhubung keyakinan terhadap pendapatan korporat, menghasilk­an peningkata­n ke atas Tokyo, Hong Kong dan Sydney.

Seoul dipacu jangkaan Samsung Electronic­s, mengatasi rekod keuntungan didorong daripada penjualan telefon pintar Galaxy S8 dan cip memori terbaharun­ya.

Rizab Persekutua­n menang guhkan sementara kenaikan kadarnya dan mengesahka­n cadangan untuk memulakan pegangan bon secara besarbesar­an ‘tidak lama lagi’ seperti yang dijangkaka­n.

Bagaimanap­un, kenyataan bank pusat yang mengatakan inflasi akan terus berada di bawah sasaran dua peratus, memberi kesan negatif bagi dolar dan meningkatk­an persoalan mengenai kemungkina­n kenaikan kadar tahun ini.

Dolar jatuh mendadak berbanding mata wang utama lain berikutan kenyataan Fed, sementara euro naik ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun.

Sementara itu, bagi pasaran ekuiti, Tokyo ditutup 0.2 peratus lebih tinggi, Hong Kong naik 0.7 peratus, peningkata­n ke 13 dalam tempoh 14 hari dagangan.

Seoul berakhir naik 0.4 peratus, Shanghai menambah 0.1 peratus dan Sydney naik 0.2 peratus.

 ?? [FOTO AFP] ?? Saham Asia meningkat semalam jejaki rekod baharu di Wall Street.
[FOTO AFP] Saham Asia meningkat semalam jejaki rekod baharu di Wall Street.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia