Berita Harian

Serkup bayi penuh nasihat

-

Pemakaian serkup kepala bayi bukan hanya menambahka­n kecomelan kepada si kecil tetapi sebenarnya bagi mengelakka­n angin terutama ketika cuaca sejuk seperti pada malam hari daripada terkena kepala bayi.

Serkup kepala terutama daripada fabrik kapas mampu menambah keselesaan kepada si comel kerana material yang menyerap peluh.

Kini, serkup kepala bayi boleh diperoleh dengan pelbagai warna dan corak. Pereka juga tidak ketinggala­n menghasilk­an serkup kepala bayi dengan katakata nasihat dan gambar seperti bulan serta bintang.

Dengan pelbagai warna, biru muda, putih, kuning dan merah jambu, serkup kepala sesuai dipakaikan kepada bayi baru lahir hingga hingga usia sembilan bulan boleh dibeli menerusi laman web beli-belah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia