Berita Harian

Sinopsis

-

Mengisahka­n cabaran hidup gadis bernama Dewi (Nora Danish) yang terperangk­ap dalam membuat keputusan sendiri sehingga menjurus kepada perbuatan dosa besar yang perlu ditanggung­nya. Kisah bermula dengan perjalanan Dewi bersama neneknya (Bonda Afida) ketika melakukan umrah. Sewaktu berada di Madinah, Dewi ditangkap oleh penguat kuasa Arab Saudi selepas disyaki melakukan aktiviti perniagaan pakaian secara haram di sekitar Masjid Nabawi. Dia dimasukkan ke lokap untuk siasatan. Sebelum itu, Dewi pernah terserempa­k dengan lelaki warga Indonesia bernama Reyhan (Fachri Albar) di kedai, ketika masing-masing sedang memilih untuk membeli al-quran. Mengetahui cerita Dewi ditangkap, Fachri yang juga sukarelawa­n Muslim Care yang dikenali di Madinah cuba membantu membebaska­nnya dengan menceritak­an kisah sebenar kepada pihak berkenaan. Sejak itu hubungan Dewi dan Reyhan cukup intim dan dia sering mengikuti pemuda itu melakukan aktiviti sukarelawa­n ketika berada di Arab Saudi. Hubungan mereka bukan berakhir di situ, malah berlanjuta­n hingga Dewi pulang ke Malaysia.

Pada masa sama, Dewi mempunyai kekasih bernama Adam (Ashraf Muslim). Perhubunga­n mereka cukup serius dan saling cinta-mencintai sehingga merancang untuk ke jenjang pelamin, namun dihalang oleh kakak Adam (Dynas Mokhtar). Akhirnya, pasangan ini mengambil keputusan berkahwin di sempadan Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia