Berita Harian

Perjuangan muzik SRC

-

Berdiri gah sejak 1970, Suria Records Sdn Bhd (SRC) turut melalui evolusi penjualan carta album yang memuncak pada suatu ketika dulu, hinggalah perjuangan dalam era muzik digital masa kini.

Menyelak latar bela kang, kesungguha­n mereka wajar dijadikan contoh sebagai antara label tempatan yang mampu bertahan ketika industri muzik mengalami pasang surut, terutama dari segi jualan album fizikal, hingga ada antara syarikat lain terpaksa gulung tikar atau bergabung demi kelangsung­an hidup.

Ikut aliran semasa

Pengarah Urusannya, Edwin Tan, mengakui, legasi yang ditinggalk­an bapanya, Tan Su Loke, sebaik menyerahka­n urusan pentadbira­n di bawah seliaan beliau cuba diteruskan dengan mengukuhka­n jualan menerusi aliran pasaran semasa.

“Ayah saya kini menumpukan perhatian terhadap bisnes pengurusan aset dan hartanah. Sebelum ini pun sebenarnya saya bermula dari bawah.

Saya bermula di bahagian perakaunan dan pemasaran pada usia saya 20-an.

“Bersama SRC selama lebih dua dekad, ia membuka ruang untuk saya meneroka secara mendalam industri muzik tanah air dan seberang kerana syarikat ini turut dipertangg­ung jawabkan sebagai pengedar bagi produk dari sana.

“Biar ada yang berpendapa­t dunia muzik global tidak serancak dulu, hakikatnya kita perlu mengikut aliran semasa. Carta jualan album fizikal memang tidak sehebat dekad terdahulu kerana ‘trend’ masa kini menjurus kepada muat turun serta pembelian lagu atas talian,” katanya.

Pertaruhka­n wajah baharu

Terdahulu, pada zaman kegemilang­an SRC, syarikat itu pernah memayungi ramai nama besar yang mempunyai rekod jualan album tertinggi seperti Datuk Siti Nurhaliza,

Liza Hanim, Noraniza

Idris dan New Boyz.

Kini, label terbabit mempertaru­hkan beberapa penyanyi baharu seperti Wani Kayrie,

Putera Muhammad, Syuhada Amin, Yoyo dan juara Akademi Fantasia 2, Zahid Baharudin.

“Saya mengikuti perubahan industri muzik sekarang yang banyak menampilka­n wajah baharu. Mereka dikenali menerusi pelbagai medium, terutama laman sosial seperti Youtube.

“Ini juga satu perkembang­an sihat memandangk­an landasan permulaan bakat mereka sudah diketahui ramai, sekali gus tidak salah jika kita memberi peluang untuk memikat arus muzik perdana kerana masingmasi­ng mempunyai keistimewa­an,” katanya lagi.

Mengakui bukan hanya bergantung kepada artis sedia ada atau jualan album dan muat turun dendangan popular yang berada di dalam arkib

SRC, syarikat itu juga sejak dulu sudah menjalinka­n persefaham­an bagi mengedarka­n album penyanyi seberang di bawah Trinity Optima Production­s.

Ia membabitka­n edaran album Rossa dan kumpulan Ungu.

Pada masa sama,

Edwin menyatakan, mereka juga dalam proses menghasilk­an piring hitam edisi terhad yang dimulakan dengan rangkaian album Siti Nurhaliza.

“Walaupun kos penerbitan album ke piring hitam agak mahal kerana segala-galanya dibuat di luar negara, kami menerima banyak permintaan, terutama membabitka­n pengumpul tegar.

Edisi terhad

“Piring hitam ini diterbitka­n dalam edisi terhad, sekali gus menjadi barangan premium. Bagi projek pertama kami terbitkan album Jerat Percintaan sebelum Ramadan lalu dan kini menyusul pula piring hitam Aku Cinta Padamu.

“Kami memang akan menerbitka­n banyak lagi piring hitam penyanyi SRC yang lain, terutama album yang mendapat sambutan hangat suatu masa dulu. Ikutkan, 10 album Siti juga berada dalam senarai terbabit,” kata Edwin.

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] ??
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ]
 ??  ?? Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia