Berita Harian

Tiada perancanga­n muncul kembali

-

Selepas lapan tahun menyepikan diri daripada dunia muzik arus perdana, vokalis utama kumpulan Kamikaze, T-rex, melancarka­n dua baharunya, Tujuh dan

baru-baru ini. Jika adalah hasil ciptaan Bob Ramada dan Rahmad Kamikaze, manakala liriknya oleh

Bob sendiri, lagu kedua itu pula dicipta komposer berkenaan dengan liriknya ditulis beliau bersama Asry Hassan.

Yakin produk baharunya itu bakal diterima peminat, namun penyanyi terbabit menafikan tanggapan kemunculan­nya bersama single berkenaan adalah sebagai bayangan kehadiran semula kumpulan Kamikaze.

Lebih-lebih lagi, semua anggota kumpulan terbabit rock itu sudah pun membawa haluan masing-masing dalam industri muzik.

Pada masa sama, T-rex atau nama sebenarnya Terence Low berkata, beliau tentunya gembira andai kumpulan berkenaan ingin bergabung kembali.

“Semuanya terletak di tangan Sham sebagai pengasas kumpulan Kamikaze. Jadi, kami perlu menghormat­inya. Sekiranya Sham ada mengeluark­an kenyataan untuk Kamikaze bergabung kembali, tentunya saya mengalu-alukan berita gembira itu.

“Tidak dinafikan, ke mana saja saya pergi, peminat sering bertanyaka­n soal ini. Namun, setakat beberapa kali berjumpa dengan Sham, perkara terbabit tidak pernah dibincangk­an bersama. Lagipun setiap anggota kumpulan ini sibuk dengan karier solo masing-masing,” katanya.

Aktif menyanyi di kelab

Menurut penyanyi ini, sepanjang tempoh ‘mendiamkan diri’ itu, beliau bukannya hilang terus daripada radar industri muzik, sebaliknya bergerak di belakang tabir selain menyanyi di beberapa kelab hiburan seluruh negara.

“Muzik sudah menjadi darah daging saya. Malah, semangat saya tidak pernah luntur walaupun anggota Kamikaze membawa haluan masing-masing.

“Jadi, saya banyak bergerak dengan menyanyi di kelab hiburan untuk meneruskan karier nyanyian. Malah, saya kembali semula ke dunia muzik arus perdana ini kerana sejak dulu lagi, sumber pendapatan saya sejak adalah dalam bidang ini,” katanya.

Tiada masalah di studio

Menyentuh mengenai dua single yang menjadi pertaruhan­nya itu, T-rex berkata, asalnya Rahmad mencari penyanyi untuk merakamkan lagu ciptaannya itu. Selepas mendengar demo lagu terbabit, beliau berasa tertarik untuk merakamkan­nya.

“Rahmad ada bertanya sama ada saya berminat untuk merakamkan lagu ciptaannya kerana beliau sendiri sudah lama mencari penyanyi yang sesuai. Malah, jika diikutkan saya adalah penyanyi ketujuh yang dicuba untuk menyanyika­n lagu Tujuh. Jadi, mungkin ada makna tersendiri apabila saya memberi persetujua­n untuk menyanyika­n lagu ini.

“Kami hanya mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan rakaman lagu itu. Walaupun sudah agak lama tidak merakamkan lagu di studio, namun ia bukanlah masalah besar. Dari segi vokal dan suara, kemampuan saya masih lagi sama berikutan saya sentiasa aktif menyanyi di kelab hiburan,” katanya.

Bakal tampil dengan album mini

Selepas Tujuh dan Kasi Pecah, Rahmad sudah pun menyiapkan beberapa lagi lagu buat T-rex untuk dikumpulka­n dalam album mini.

“Jika diikutkan, saya mahu lari dan tidak disamakan dengan muzik yang pernah dihasilkan ketika bersama Kamikaze. Namun, saya masih lagi memperjuan­gkan genre rock seperti dulu.

“Dalam masa yang sama juga, lagu yang dihasilkan juga adalah atas permintaan peminat. Sebab itu juga, dua single pertama yang dihasilkan ini, iaitu Tujuh lebih kepada muzik balada manakala Pecah Pula bergenre rock dan lebih rancak,” katanya. Penyanyi

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ]
 ??  ?? T-rex dan Rahmad Kamikaze (kanan) pada majlis pelancaran single Tujuh.
T-rex dan Rahmad Kamikaze (kanan) pada majlis pelancaran single Tujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia