Berita Harian

Tak serik gewang tersangkut jari kaki

-

Mata kail umpan tiruan jenama Lure tersusuk pada ibu jari kaki, sampai terpaksa dikejar ke klinik untuk mencabutny­a menjadi pengalaman pahit yang dilalui Mohd Shamizan Abdullah.

Dianggap sebagai peristiwa paling malang sepanjang aktif sebagai kaki pancing, ia berlaku kira-kira lima tahun lalu, ketika memancing di

Sungai Mengabang, Bakong.

Dia yang dikenali juga dengan panggilan Mijan, berkata lokasi di Sungai Mengabang itu kaya dengan ikan toman, siakap, haruan dan keli.

Ia kerap dikunjungi­nya kerana jarak dengan rumahnya cuma empat kilometer (km).

Ketika kejadian, dia yang menggemari teknik casting

memancing bersendiri­an dengan ikan sasaran ialah haruan dan toman.

“Kejadian itu berlaku selepas umpan tiruan joran casting tersangkut pada ranting kayu di dalam sungai.

“Selepas beberapa tarikan cubaan bagi melepaskan mata kail umpan tiruan yang tersangkut itu tidak berhasil, saya turun ke sungai, meredah air paras dada ke tempat mata kail yang tersangkut pada batang kayu,” katanya.

Panik darah banyak keluar

Ketika meredah sungai itu, tiba-tiba Mijan terasa ibu jari kaki kirinya pedih seperti ada sesuatu yang menggigit atau terkena sengatan ikan. Dengan pantas dia naik ke tebing.

“Rupa-rupanya ibu jari kaki kiri saya tercucuk mata kail umpan tiruan yang dipercayai milik pemancing lain yang putus ketika memancing di situ, sebelum ini.

“Saya cuba cabut sendiri tapi tak berjaya. Darah mengalir agak banyak membuat saya panik dan terus bergegas ke klinik paling dekat.

“Selepas mata kail berjaya dicabut, saya diberikan dua suntikan dan cuti rehat tiga hari,” katanya.

Harap dapat jelajah seluruh negara

Bagi Mijan pengalaman itu tidak menghakis minatnya dalam aktiviti ini, apabila banyak masa lapang dihabiskan dengan memancing sama ada di paya, sungai dan pantai di sekitar Kuala Terengganu.

Antara lubuk ikan laut yang kerap dikunjungi bersama kawan-kawan ialah pulau kecil di sekitar Pulau Redang dan Tenggol, di Dungun dan Rompin.

“Pada masa sama, saya dapat kenalan dalam kalangan kaki pancing.

Dari situlah saya dapat berkongsi maklumat mengenal lubuk dan spesies ikan,” katanya.

Mijan berkata, antara ikan pernah dinaikkan ialah tenggiri, merah, cermin, aruan tasek, GT, kerapu dan pari.

Ikan paling besar yang pernah diperolehn­ya adalah pari iaitu seberat 25 kilogram (kg).

“Harapan saya selepas ini dapat menjelajah ke seluruh negara untuk mencari lubuk ikan yang masih belum diterokai,” katanya.

 ??  ?? Mohd Shamizan bersama ikan tenggiri yang berjaya dijinakkan.
Mohd Shamizan bersama ikan tenggiri yang berjaya dijinakkan.
 ??  ?? Mijan, Pemancing
Mijan, Pemancing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia