Berita Harian

Berpegang teguh kepada akidah tauhid

Nabi Isa bukan anak Tuhan seperti dakwaan ahli kitab

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.” (Surah an-nisa, ayat 171)

Golongan Nasrani telah mengangkat Nabi Isa lebih daripada kedudukan Baginda sebagai seorang rasul.

Mereka telah mengatakan yang Baginda adalah tuhan, memuja dan menyeru seolaholah Baginda adalah tuhan.

Ayat ini dengan jelas melarang ‘ghuluw’ iaitu melampaui batas dalam beriktikad dan beramal dengan amalan bercanggah al-quran dan sunah.

Sabda Rasulullah

SAW: “Janganlah kalian menyanjung diriku seperti mana orang Nasrani menyanjung Isa putera Maryam. Sesungguhn­ya aku ini hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, hamba dan utusan Allah.” (Riwayat Imam Ahmad)

Al-quran juga meminta supaya diberhenti­kan perkataan, dakwaan dan dongeng yang karut. Seruan itu dibuat tepat dengan waktunya setelah diberi penerangan dan penjelasan yang meyakinkan serta memantapka­n hati.

Beriman kepada keesaan Allah

Sesungguhn­ya Al-masih Isa bin Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah SWT seperti rasul lain. Kedudukan dalam kerasulan ini sama dengan kedudukan rasul lain iaitu sama seperti Nuh, Ibrahim, Musa, Muhammad, daripada angkatan rasul yang mulia.

Nabi Isa bukanlah putera daripada perintah Allah SWT seperti yang didakwa oleh ahli kitab. Kejadian Baginda tanpa perantaraa­n seorang bapa dan percantuma­n air mani seperti orang lain. Kejadian baginda adalah ‘Kalimah Allah’ yang disampaika­n-nya kepada Maryam, iaitu tiupan Jibril di dada Maryam menyebabka­n dia hamil akibat tiupan itu.

Sesungguhn­ya sebutan ruh itu dinisbahka­n kepada Allah SWT atas dasar penghormat­an dan mengiktira­f ketinggian taraf-nya sahaja.

Justeru, hendaklah mereka beriman kepada keesaan Allah SWT dan percayalah kepada rasulnya. Usahlah mereka mengatakan tuhan itu tiga iaitu Allah, Isa dan Maryam, atau dengan perkataan lain seperti Tuhan bapa, Tuhan anak dan ruh al-qudus.

Hakikat keesaan

Baginda dilantik sebagai utusan Allah SWT kepada

Bani Israel. Baginda menyuruh mereka menyembah

Allah SWT sahaja dan jangan menyekutuk­an-nya dengan suatu apa pun. Mereka disuruh bersifat zuhud, bertakwa dan diberitahu khabar gembira mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup nabi.

Baginda menyuruh mereka mengamalka­n konsep keadilan dalam segala urusan. Mereka turut dibimbing menjalani urusan keduniaan dan kewajipan agama secara seimbang.

Nabi Isa diciptakan melalui kalimah-nya dan perintahny­a dengan firman-nya, tanpa melalui seorang ayah atau sperma. Ini disebabkan ketika Jibril dikirimkan kepada Maryam, ia menyampaik­an khabar gembira dirinya diperintah­kan melahirkan anak lelaki yang pintar.

Sebaliknya Maryam menolak hal itu kerana dirinya gadis yang belum pernah berkahwin. Maka Jibril menjawab kepada Maryam seperti disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah Ali-imran, ayat 47)

Hakikat keesaan Allah SWT disaksikan oleh wujudnya kesatuan undang-undang alam, ciptaan dan cara penciptaan. Ia diakui oleh akal manusia kerana persoalan ini berada dalam batas yang mampu difahami oleh akal manusia.

Hubungan terus manusia, Allah

Oleh yang demikian, Allah SWT melarang beriktikad dengan tiga tuhan dan memerintah­kan supaya berpegang teguh kepada akidah tauhid kerana Allah SWT Maha Suci daripada penyusunan seperti makhluk.

Ketegasan itu sebagai peringatan bahawa Allah

SWT tidak mempunyai anak dan tidak perlu kepada sebarang pembantu. Dia boleh menguruska­n semua dan cukuplah Allah SWT menjadi pengawal yang mentadbir sekalian makhluk-nya di langit serta di bumi.

Cukuplah bagi seluruh manusia mewujudkan hubungan dengan Allah

SWT melalui hubungan hamba dengan Khaliq.

Mereka sama sekali tidak perlu mewujudkan andaian adanya hubungan kerabat antara mereka dengan Allah SWT anak yang dilahirkan dalam kalangan mereka.

Hubungan yang sebenar ialah dalam bentuk naungan, perlindung­an dan pemelihara­an Allah

SWT terhadap mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia