Berita Harian

Khas, Laferrari Aperta luar biasa

-

Nazaitalia,pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama Ferrari di Malaysia memperkena­lkan edisi khas, Laferrari Aperta bersempena festival jenama global bagi meraikan ulang tahun ke-70 Ferrari.

Model edisi terhad Laferrari Aperta adalah simbol ikonik bagi Ferrari, ditawarkan pada harga RM6.8 juta (tidak termasuk duti), dengan hanya 209 unit dikeluarka­n di seluruh dunia.

Suntikan teknologi terbaik

Tahap eksklusifn­ya model ini lebih menonjol apabila ditawarkan menerusi jemputan eksklusif kepada pelanggan sedia ada yang memiliki sehingga enam unit Ferrari.

Ketua Pegawai Operasi Naza Italia, Farid Sulaiman berkata, kereta supersport terbaharu dari Maranello itu menerima suntikan teknologi terbaik, prestasi dinamik dan gaya unik yang menzahirka­n secara tepat jenama Ferrari untuk tujuh dekad.

Katanya, siri istimewa versi Spider itu dijana enjin hibrid yang sama seperti coup iaitu enjin 6,262cc V12, digabungka­n bersama motor elektrik 120 kw bagi meledakkan kuasa keseluruha­nnya 963 cv.

“Kriteria ditetapkan Ferrari amat ketat, mereka akan melihat jika pelanggan masih memiliki enam kereta terbabit yang didaftar di bawah Ferrari dalam garaj barulah pelanggan akan menerima jemputan untuk memilikiny­a.

“Model ini dijual pada harga bermula daripada RM6.8 juta. Setakat ini dua pembeli dari negara ini bakal menerima model ikonik ini pada awal tahun hadapan,” katanya pada pelancaran Laferrari Aperta di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA World, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Pameran Ferrari City

Turut berlangsun­g Majlis Pelancaran Sambutan

Ulang Tahun ke-70 Ferrari di Malaysia yang bakal menyusul dengan acara kemuncak konvoi Ferrari dari Kuala Lumpur ke tapak UNESCO di Pulau Pinang.

Sementara itu, Farid berkata, syarikat dijadualka­n melancarka­n pameran Ferrari City baharu bernilai RM3 juta di Naza Platinum Park menjelang akhir September ini.

Katanya, pelancaran pameran Ferrari City itu akan menjadi platform penting mengukuhka­n kehadiran jenama kereta supersport Ferrari di kawasan utama bandar metropolit­an Kuala Lumpur.

“City Showroom akan memiliki ruang pameran untuk model utama, model terkini atau sebarang siri istimewa yang akan dikeluarka­n pada masa depan.

“Cuma bagi perkhidmat­an servis, mereka masih perlu menghantar­nya ke pusat servis di Petaling Jaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia