Berita Harian

Lebih menawan

Hanya ditawarkan dalam satu varian

-

Naza Kia Malaysia meneruskan momentum apabila memperkena­lkan model ketiganya tahun ini selepas Grand Carnival dan Optima GT apabila melancarka­n hatchback, Rio untuk pasaran tempatan.

Hatchback lima pintu yang ditawarkan dengan satu varian ini dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,888.

Rio baharu masih mengekalka­n penggunaan enjin 1.4 liter MPI empatsilin­der DOHC D-CVVT dengan kuasa 100 PS pada 6,000 rpm dan tork 133 Nm pada 4,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear automatik konvension­al empat kelajuan.

Namun, bagi Rio baharu ini, panjangnya kini bertambah 20 mm, 5 mm lebih panjang dan jarak roda lebih 10 mm memberikan lebih ruang untuk bahagian kabin dan meningkatk­an kapasiti ruang untuk but belakang.

Keluli ketahanan tinggi

Ia kini menyediaka­n 325 liter dalam keadaan tempat duduk belakang normal berbanding 288 liter bagi model sebelum ini dan, sekiranya tempat duduk belakang dibaringka­n, ia boleh mencecah sehingga 980 liter.

Bagi Rio generasi keempat yang dikeluarka­n dari kilang pemasangan Kia di Sohari, Korea Selatan ini, ia turut menyaksika­n peningkata­n aspek binaan kerangka dengan kandungan 51 peratus dengan penggunaan keluli ketahanan tinggi, berbanding hanya 33 peratus pada model sebelumnya.

Rio ini mengadapta­si evolusi terbaharu dari Kia dengan gril ‘Schreyer’ dan rekaan dipertingk­atkan dengan penutup gril berwarna hitam berkilat yang menyerlahk­an lagi imej hadapannya.

Jaminan 5 tahun

Ia juga ditampilka­n dengan lampu utama jenis projektor halogen, lampu nyalaan siang

LED berbentuk-u, lampu belakang LED, cermin sisi larasan elektrik, rim aloi bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 205/45 R17, spoiler belakang serta bumbung matahari.

Dalam aspek dalaman, ia kelihatan lebih ringkas tetapi bersesuaia­n dengan imej yang dibawa oleh

Rio dengan tempat duduk balutan fabrik, roda stereng dengan kawalan audio dan Bluetooth, Supervisio­n Cluster 3.5-inci TFT-LCD, kawalan suhu automatik dengan Cluster Ionizer, pedal sport aloi, butang penghidup enjin, kemasukan tanpa kunci dengan kunci pintar, enam pembesar suara, kamera undur, dua punca kuasa bagi 12 volt, dua port pengecas USB dan glovebox dengan iluminasi.

Aspek keselamata­n pula merangkumi enam beg udara, ABS bersama EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Mula Mendaki (HAC), pengesan parkir belakang dan cagak ISOFIX. Empat pilihan warna ditawarkan untuk Rio ini iaitu Signal Red, Clear White, Silky Silver dan Smoke Blue.

Naza Kia Malaysia yang ditawarkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan untuk model Rio, turut mengumumka­n tawaran tiga kali servis penyelengg­araan percuma kepada 50 pembeli terawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia