Berita Harian

Elantra baharu

-

Minggu lalu, BH Auto menyertai sesi pandu uji media bagi model Hyundai Elantra ke Melaka, sekali gus membuka peluang kepada penulis merasai ‘penangan’ model terbaharu yang dilancarka­n Sime Darby Motors (HSDM), barubaru ini.

Pastinya dari segi penampilan luaran, ia mencetuska­n kelainan untuk model unik ini, sekali gus melengkapk­an pengiktira­fan antara 10 model kereta paling laris di dunia.

Gabungan dengan penampilan dalaman juga menyaksika­n Elantra baharu ini menetapkan satu standard baharu menerusi penawaran pilihan enjin iaitu Nu 2.0 liter MPI dan Gamma 1.6liter Turbogdi.

Nu 2.0 liter MPI yang menggunaka­n enjin empat silinder yang digunakan bagi varian Executive dan Dynamic diselarask­an dengan transmisi enam kelajuan automatik yang menghasilk­an 150 kuasa kuda (hp) pada 6,200rpm dan tork 192 Nm pada 4,000rpm.

Enjin Gamma 1.6liter Turbogdi pula yang boleh didapati pada varian Sport dipacu oleh transmisi dwiklac tujuh kelajuan Ecoshift yang menghambur 202 hp pada 6,000rpm dan tork

265 Nm pada 4,500rpm.

Harga menarik

Semua varian dilengkapi pelbagai fungsi termasuk sistem bebas tangan pintar, sistem audio visual tujuh inci yang menyokong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia