Berita Harian

MT-09

-

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkena­lkan barisan pemasangan tempatan (CKD) bagi model berkuasa besarnya, Yamaha MT-09 Tracer yang ditawarkan dengan dua warna pilihan.

Lebih menarik, harga jualan termasuk cukai barang dan perkhidmat­an (GST) juga lebih rendah kepada RM52,000 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftara­n) berbanding RM59,900 bagi model CBU.

MT-09 Tracer CKD yang dilengkapi enjin tiga silinder penyejukan cecair 4-lejang 847 cc itu turut ditawarkan dengan suntikan bahan api bagi meningkatk­an kecekapan dalam penggunaan bahan bakar.

Ia adalah model berkuasa besar keempat yang dihasilkan di kilang HLYM di Sungai Buloh, Selangor selepas siri XJ6, MT-07 dan MT-09.

Pengenalan MT-09 Tracer yang menjadi model utama ketiga dalam barisan siri MT, sekali gus menyaksika­n HLYM menawarkan barisan model lengkap dalam keluarga berkenaan.

Pelengkap cuti dan hujung minggu

MT-09 Tracer menyediaka­n tunggangan berkuasa dengan bakal menjadi antara motosikal pengembara­an utama bagi jarak dekat dan jauh khususnya pada hujung minggu dan musim cuti.

Dilengkapi sistem kawalan cengkaman (Traction Control System) dan sistem brek cegah kunci (ABS), MT-09 Tracer menyediaka­n keselamata­n dan keselesaan tunggangan.

Dengan berat kering hanya 190 kilogram, pacuan enjin 847cc tiga silinder tork tinggi, MT-09 Tracer direka untuk

menguji had tunggangan dan memberi keseronoka­n kepada penunggang­nya.

Ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu Yamaha Blue dan Matt Grey, MT-09 Tracer berada di pusat pengedaran Yamaha sah mulai minggu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia