Berita Harian

Tunggangan santai GIVI

Turut perkenal Monolock B32 Bold, bakal jengah pasaran minggu depan

-

Seramai 25 wakil media dari segmen permotoran menyertai Tunggangan Penghargaa­n Media GIVI ke Port Dickson yang berlangsun­g pada Selasa dan Rabu lalu.

Acara kali pertama dianjurkan GIVI Asia itu lebih menarik kerana setiap wakil media disediakan kotak barang terkini, Monolock B32 Bold, topi keledar penutup penuh model Turismo, baju hujan model PRS01 dan beg pinggang.

Perjalanan membabitka­n 120 kilometer sehala dari GIVI Point, Jalan Ipoh,

Kuala Lumpur ke Hotel Thistle Port Dickson berdepan cuaca tidak menentu.

120 kilometer

Sejak bermula dari Kuala Lumpur, cuaca mendung menyusuri perjalanan wakil media sebelum kami berhenti untuk mengisi petrol di Petronas Solaris, Serdang.

Selepas perjalanan bersambung, kami terpaksa berhenti sekali lagi untuk memakai baju hujan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban kerana hujan lebat, sebelum meneruskan tunggangan.

Hujan akhirnya reda ketika konvoi memasuki susur keluar Port Dickson sebelum berhenti untuk kali ketiga bagi mengisi petrol.

Selepas berehat seketika, kami meneruskan tunggangan ke Eagle

Ranch Resort Port Dickson untuk makan tengah hari sebelum daftar masuk ke Hotel Thistle Port Dickson untuk berehat seketika.

Perkenal boks baharu

Dalam acara bersaingan di Port Dickson, GIVI turut memperkena­lkan kotak barang (boks) baharu untuk pasaran tempatan dikenali Monolock B32 Bold yang ditawarkan pada harga tanpa cukai barang dan perkhidmat­an (GST) RM210.

Monolock B32 yang bakal ditawarkan di pasaran minggu depan itu menggunaka­n sistem yang dipatenkan GIVI khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motosikal berkuasa 250cc ke bawah.

Reka bentuk B32 Bold berkapasit­i 32 liter itu diilhamkan dengan gaya baharu dalam pembuatan produk berkenaan menerusi penggunaan Polypropyl­ena (PP) yang terbukti sangat kukuh dan tahan lama dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Menggunaka­n sistem kunci clack , ia memudahkan pengguna dengan hanya sekali klik untuk menutup boks tanpa perlu menggunaka­n kunci.

“Reka bentuk bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold selepas kajian mendalam kami mendapati ia lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur,” kata Pengarah Urusan

GIVI Asia, On Hai Swee.

The Red Explorer diperkenal

Pada acara sama, wakil media turut diperkenal­kan dengan bas persiaran dua tingkat dikenali ‘The Red Explorer’ yang akan digunakan sebagai pameran bergerak berserta ruang hospitalit­i bagi acara permotoran yang disertai GIVI.

“Bas ini akan bertindak sebagai serampang dua mata iaitu pameran dan penjenamaa­n bergerak kami. Kami akan menjelajah seluruh negara dan mendekati peminat jenama GIVI dalam acara permotoran,” kata Pengarah Operasi Antarabang­sa GIVI, Joseph Perucca.

 ??  ?? Wakil media bergambar kenangan sebelum majlis pelepasan ac ara Tunggangan Penghargaa­n Media GIVI dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, Selasa lalu.
Wakil media bergambar kenangan sebelum majlis pelepasan ac ara Tunggangan Penghargaa­n Media GIVI dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, Selasa lalu.
 ??  ?? Hai Swee (kiri), Perucca (kanan) dan Pereka Bentuk Produk GIVI Asia, Rozaida Zaki ketika mempamerka­n boks terbaharu GIVI.
Hai Swee (kiri), Perucca (kanan) dan Pereka Bentuk Produk GIVI Asia, Rozaida Zaki ketika mempamerka­n boks terbaharu GIVI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia