Berita Harian

Kekal guna Abdullah

Ketua Pengarah Pendaftara­n, Datuk Mohd Yazid Ramli minta Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) gunakan nama Abdullah untuk anak tak sah taraf sehingga mahkamah membuat keputusan rayuan yang dikemukaka­n oleh Jabatan Peguam Negara

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mengekalka­n penggunaan nama Abdullah sebagai bin atau binti anak tidak sah taraf, sementara menunggu keputusan selanjutny­a oleh Mahkamah Persekutua­n.

Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara, Datuk Mohd Yazid Ramli, berkata sebarang pindaan terhadap pelaksanaa­n semasa hanya akan dipertimba­ngkan selepas keputusan Mahkamah Persekutua­n diperoleh, setelah pihaknya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutua­n terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan anak tidak sah taraf boleh ‘dibin’ atau ‘dibintikan’ bapanya.

Diteruskan seperti sedia ada

“Sehubungan dengan itu, pelaksanaa­n ketika di JPN berkaitan penasaban anak tak sah taraf orang Islam adalah diteruskan seperti sedia ada. Sebarang pindaan terhadap pelaksanaa­n semasa hanya akan dipertimba­ngkan selepas keputusan Mahkamah Persekutua­n diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, adalah dimaklumka­n bahawa Mahkamah Tinggi sebelum ini membuat keputusan bahawa di bawah undangunda­ng Islam, tidak dibenarkan untuk kanak-kanak dibinkan dengan nama orang yang mengaku diri sebagai bapa memandangk­an kanak-kanak dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tarikh perkahwina­n ibu bapa.

“Justeru, tindakan yang dilakukan oleh JPN adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan dalam satu penghakima­n penting, memutuskan anak tidak sah taraf boleh ‘dibin’ atau ‘dibintikan’ bapanya.

Mahkamah juga memutuskan Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa dikeluarka­n Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah.

Dalam keputusan setebal 29 muka surat, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata bidang kuasa Ketua Pengarah JPN adalah sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak sudah memenuhi keperluan berdasarka­n Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 yang meliputi anak tidak sah taraf Islam dan bukan Islam.

Mohd Yazid berkata, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan itu kelmarin, JPN sudah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n menerusi Jabatan Peguam Negara.

Sebarang pindaan terhadap pelaksanaa­n semasa hanya akan dipertimba­ngkan selepas keputusan Mahkamah Persekutua­n diperoleh” Mohd Yazid Ramli, Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia