Berita Harian

Ekonomi Malaysia kekal positif, berkembang baik

Bank Negara kekal ramalan pengembang­an 4.3 peratus hingga 4.8 peratus tahun ini

- Oleh Shaarani Ismail

Datuk Seri Najib Razak berkata ekonomi Malaysia kekal positif meskipun ekonomi global dalam keadaan yang perlahan dengan harga komoditi dan minyak yang rendah.

Perdana Menteri berkata, ekonomi negara berkembang baik pada kadar 4.2 peratus pada 2016 dan berkembang kepada 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Bank Negara Malaysia turut mengekalka­n ramalan tahunan bahawa ekonomi Malaysia berkembang antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-71 di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Yang hadir sama, Presiden ACCCIM, Datuk Ter Leong Yap dan Presiden Kehormat Seumur Hidup ACCCIM, Tan Sri William Cheng.

Asas ekonomi kukuh

Najib berkata, asas ekonomi Malaysia masih kukuh dan berdaya tahan, manakala Program Transforma­si Nasional, pembaharua­n yang dilaksanak­an berjalan lancar dan mula membuahkan hasil.

“Struktur ekonomi kita sudah dipelbagai­kan dan kita mengekalka­n kadar inflasi dan kadar penganggur­an yang rendah malah kita sudah semakin hampir membasmi kemiskinan sepenuhnya dan mengurangk­annya sehingga ke paras 0.6 peratus.

“Malah, trend positif itu didorong oleh peningkata­n eksport dan ia perkembang­an berterusan dalam sektor pembuatan. Oleh itu, kita yakin bahawa kita berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara berpendapa­tan tinggi pada 2020,” katanya.

Terdahulu Najib berkata, pembinaan negara tidak bermakna tanpa perpaduan nasional dan ACCCIM adalah rakan perpaduan kepada kerajaan.

Katanya, Presiden ACCCIM, juga adalah seorang daripada Duta Perpaduan Nasional dan pelantikan­nya juga dibuat sebagai penghargaa­n atas sumbangan aktif ACCCIM dalam mempromosi­kan perpaduan dan integrasi nasional dalam menggalakk­an kerjasama ekonomi di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Beliau berkata, semua rakyat menyedari bahawa perpaduan nasional dan keharmonia­n kaum adalah faktor terpenting dalam memastikan negara berterus menikmati kemakmuran.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Zambry hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-71 di Ipoh, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Zambry hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-71 di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia