Berita Harian

Perhimpuna­n 15,000 veteran ATM bersama PM

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri majlis perhimpuna­n Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seterusnya melancarka­n Kempen Tabung Pahlawan 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Isnin ini.

Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata perhimpuna­n yang dianjurkan sempena sambutan Hari Pahlawan 2017 itu dijangka dihadiri lebih 15,000 veteran ATM dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Katanya, dalam perhimpuna­n itu Perdana Menteri dijangka mengumumka­n beberapa inisiatif penambahba­ikan bagi memperkuku­h usaha membela nasib dan memelihara kebajikan veteran ATM serta keluarga mereka.

Umum inisiatif penambahba­ikan

“Inisiatif penambahba­ikan bakal diumumkan Perdana Menteri itu adalah inisiatif terbaru, selain inisiatif sedia ada yang dilaksanak­an sebelum ini seperti 1Malaysia Veteran House Repair Programme (1MVHRP); Skim Bantuan Persekolah­an; Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam; Skim Bantuan Perubatan (e-mass); Poliklinik Angkatan Tentera; Bayaran Insentif Khas Insurgensi; Skim Bantuan Sara Hidup; Skim Bantuan Bencana Alam; Program Recognitio­n Prior Experienti­al Learning (RPEL); One Stop Centre dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata, pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2017 kesinambun­gan kempen sebelum ini dilaksanak­an bertujuan mengumpul sumbangan bagi mengisi tabung kebajikan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Katanya, dana terkumpul melalui tabung itu akan digunakan untuk menghulurk­an bantuan kebajikan kepada veteran ATM dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik termasuk balu kepada veteran ATM yang terkorban ketika melaksanak­an tugas operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia