Berita Harian

Majlis agama perlu mohon jadi peguam pemerhati: PPMM

-

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) wajar memfailkan permohonan untuk menjadi ‘amicus curae’ atau peguam pemerhati ketika prosiding kes anak tidak sah taraf dibicaraka­n nanti.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata campur tangan MAIN apabila kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutua­n penting kerana ia berupaya mengundang kesan terhadap perundanga­n Islam.

“MAIN boleh memohon menjadi pencelah selepas kebenaran merayu diberikan Mahkamah Persekutua­n,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam, membenarka­n anak tidak sah taraf dibin atau bintikan kepada bapanya, yang bertentang­an keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan anak tidak sah taraf, iaitu yang lahir kurang enam bulan dari tarikh perkahwina­n, tidak boleh dibin/bintikan kepada nama bapa anak itu atau individu yang mendakwa ayah kepada kanak-kanak berkenaan.

Zainul Rijal turut menyuaraka­n gesaan meminda Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi mengecuali­kan sebahagian peruntukan akta itu yang bertentang­an dengan hukum syarak membabitka­n orang Islam.

Beliau berkata, pindaan itu bagi menghormat­i Perkara 3 Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan Islam sebagai agama rasmi Persekutua­n.

“Semua peruntukan mengenai kesahtaraf­an anak yang bertentang­an dengan hukum syarak hendaklah dipinda supaya ia tidak terpakai apabila perbicaraa­n kes membabitka­n orang Islam,” katanya.

Layak mohon pencelah

Pengamal undang-undang, Muhammad Hasif Hasan, berkata MAIN layak memfailkan permohonan sebagai pencelah atau peguam pemerhati kerana agensi berkenaan mempunyai kepentinga­n dalam kes terbabit.

Katanya, MAIN tidak tampil sebagai pencelah dalam perbicaraa­n kes di Mahkamah Rayuan kerana tiada mana-mana individu sebelum ini yang berhasrat mencabar keputusan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) berhubung proses pertukaran nama anak tidak sah taraf.

“Susulan isu ini, JPN bagaimanap­un berhak menolak sebarang permohonan untuk menukar nama anak tidak sah taraf sementara menunggu keputusan akhir yang akan dibuat Mahkamah Persekutua­n.

“Penentuan Mahkamah Persekutua­n penting kerana isu ini mengundang kesan agama dan perundanga­n, selain membabitka­n persoalan nasab (keturunan), harta pusaka serta institusi kekeluarga­an,” katanya.

MAIN boleh memohon menjadi pencelah selepas kebenaran merayu diberikan Mahkamah Persekutua­n” Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia