Berita Harian

5,554 ditahan dalam Ops Mega

-

Sintok: Seramai 117 majikan ingkar ditahan Jabatan Imigresen melalui Ops Mega yang digerakkan bermula 1 Julai lalu, sejurus tamat program pendaftara­n kad sementara Ekad untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata angka itu membuktika­n masih ramai majikan di negara ini yang degil apabila terus menerus menggunaka­n khidmat PATI, walaupun peluang mencukupi diberikan untuk mereka mendaftar pekerja asing masing-masing secara sah.

Beliau berkata, melalui Ops Mega, pihaknya memang menyasarka­n golongan majikan yang ingkar dan usaha mengenal pasti mereka terbabit yang menggaji PATI digerakkan supaya dapat dikenakan tindakan serius.

“Jika dulu kita ambil tindakan ke atas PATI saja, tetapi sekarang melalui Ops Mega kita cari majikan sebab merekalah sumber kepada permintaan tenaga kerja dalam kalangan PATI.

Majikan ambil kesempatan

“Golongan majikan ini lebih suka menggaji PATI sebab boleh mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak dilindungi undang-undang. Inilah sebab kita berusaha mengesan mereka bagi mengatasi perkara ini berlaku,” katanya selepas Konvensyen Imigresen Malaysia: Transforma­si Melestarik­an Kecemerlan­gan 'TN50' di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Mustafar berkata, Ops Mega yang berakhir jam 10 pagi semalam turut merekodkan tangkapan keseluruha­n 5,437 PATI dengan warga Bangladesh paling tinggi iaitu 1,590 orang dan 1,633 warga Indonesia.

Mengulas majikan ingkar pula, beliau berkata, 30 ditahan di Pulau Pinang, diikuti Johor (23), Putrajaya (19), Sabah (14), i Kuala Lumpur (13), Kedah (6), Pahang (5), masing-masing tiga di Terengganu dan Perak serta satu lagi di Selangor.

“Semua majikan itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji PATI dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000.

“Bagi yang menggaji lebih seorang PATI pula, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan dikenakan maksimum enam sebatan,” katanya.

Melalui Ops Mega kita cari majikan sebab merekalah sumber kepada permintaan tenaga kerja dalam kalangan PATI” Mustafar Ali, Ketua Pengarah Imigresen

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia