Berita Harian

Sokong Tun Mahathir ibarat bunuh diri: Tajuddin

-

Alor Setar: Orang Melayu diingatkan berhati-hati membuat pertimbang­an untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tindakan itu dilihat tidak ubah seperti membunuh diri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata gesaan bekas Perdana Menteri itu menyeru orang Melayu menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh diterima kerana parti terbabit bersekongk­ol dengan DAP.

Katanya, umum mengetahui matlamat dan agenda utama DAP serta contoh terbaik dapat dilihat mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang ditadbir parti itu.

“Sebelum DAP berkuasa di Pulau Pinang, mereka (DAP) begitu baik dan bermesra dengan kita (orang Melayu), kini selepas (DAP) berkuasa, harga rumah semuanya mahal sehingga berjuta-juta ringgit.

“Orang Melayu tak mampu beli, akhirnya terpaksa beli di Sungai Petani, Kedah dan Parit Buntar di Perak. Lama kelamaan tiada lagi Melayu di Pulau Pinang dan itu yang DAP mahukan,” katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di TH Hotel dan Convention Centre, di sini, semalam.

Pendirian berbeza

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, mengakui masih hormat dan sayangkan Dr Mahathir, namun pendiriann­ya kini berbeza selepas menilai tindak-tanduknya mutakhir ini.

“Dr Mahathir sudah ke lorong salah bersatu dengan DAP yang kita tahu matlamatny­a mahu menghancur­kan orang Melayu,” katanya.

Sementara itu, di Pasir Mas, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim, berkata pakatan pembangkan­g tidak mampu bertahan lama berikutan barisan kepimpinan tertinggi mereka mempunyai agenda politik tersendiri.

Beliau berkata, pakatan terbabit disifatkan sudah cacamarba dalam menentukan hala tuju, selain keliru untuk melantik pemimpin.

“Apabila terlalu ramai mahu menjadi pemimpin, mereka bercakaran sesama sendiri demi mencapai matlamat masing-masing. Justeru, rakyat perlu menolak parti pembangkan­g kerana hanya UMNO yang memperjuan­gkan nasib rakyat,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Lubok Jong, di sini, semalam.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? (Dari kiri) Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Tajuddin dan Ketua Puteri UMNO Kubang Pasu, Rosliza Hassan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] (Dari kiri) Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Tajuddin dan Ketua Puteri UMNO Kubang Pasu, Rosliza Hassan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia