Berita Harian

‘Hati saya terluka dikasari suami ketika masih pantang’

Aliff direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan

- Oleh Zaidi Mohamad dan Siti Azila Alias

Isteri penyanyi Aliff Aziz, Bella Astilah, 23, mengaku hatinya cukup terguris dengan insiden beliau dikasari suaminya di depan seorang pelakon wanita baharu, petang kelmarin.

Lebih melukakan hatinya, kejadian di sebuah pusat karaoke di Cheras itu berlaku ketika beliau masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Mohamad Ayden Adrean, 20 hari lalu.

“Hati wanita mana yang tidak tercalar apabila suami sanggup mempertaha­nkan wanita lain, berbanding isterinya sendiri.

Cedera sedikit

“Memang ada pergelutan dan saya cedera sedikit. Ini juga kali pertama Aliff bertindak kasar terhadap saya kerana mempertaha­nkan wanita itu. Bayangkan, saya ditinggalk­an begitu saja, dia dan pelakon wanita itu berlalu pergi meninggalk­an premis karaoke itu.

“Mujur kakitangan di situ membantu saya. Jika ditanya soal hati, memang saya begitu terluka kerana baru sahaja melahirkan zuriatnya. Saya enggan terlalu dibuai emosi jika terlalu menurutkan rasa marah.

“Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesai­an terbaik dalam hal ini, selagi boleh dipertahan­kan, akan saya lakukan,” katanya kepada BH, di sini semalam.

Susulan kejadian itu, polis menahan Aliff, 26, pada jam 2.30 pagi semalam di Jalan Peel, Cheras, selepas Bella yang mendapatka­n rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tampil membuat laporan polis.

Aliff kemudian direman tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangk­an kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT) 1994.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang kelmarin, apabila Bella yang ditemani ibunya ke premis hiburan berkenaan untuk mencari Aliff, marah selepas melihat suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke, lalu mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkar­an mulut antara pasangan suami isteri itu.

Rampas telefon Bella

Aliff yang berang kemudian merampas telefon bimbit isterinya dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakk­an telefon ke arah Bella.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kejadian itu mengakibat­kan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.

Bella mendakwa, pelakon wanita baharu itu yang berlakon bersama Aliff dalam drama Izinkan Aku Mencintaim­u sering menggoda suaminya, malah dia pernah merayu kepada wanita terbabit menghentik­an tindakanny­a itu.

“Ketika Aliff berlakon dalam drama bersama wanita itu, saya hanya berada di lokasi penggambar­an menemani suami pada hari pertama dan kedua saja.

“Pada hari seterusnya, suami meminta saya tidak perlu datang ke lokasi. Saya bersangka baik kerana ketika itu sarat mengandung. Saya tak terfikir rupa-rupanya ada sesuatu terjadi antara mereka.

“Saya ada bukti paparan skrin perbualan mereka, gambar dia memeluk suami saya dan video rakaman litar tertutup (CCTV) mereka berpeganga­n tangan mesra di premis karaoke itu,” katanya.

Sementara itu, pelakon wanita yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan, ketika dihubungi mendakwa beliau berjumpa Aliff di pusat karaoke itu atas urusan produksi.

 ??  ?? Bella Astilah
Bella Astilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia