Berita Harian

Siti Saleha sah jadi isteri Lutfi dengan sekali lafaz

-

Kuala Lumpur: Suami kepada pelakon popular Siti Saleha, Lutfi Azhar, sempat bekerja separuh hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsun­g petang semalam.

Katanya, beliau menenangka­n diri dengan mendengar lagu Marry You dendangan Bruno Mars dan berlatih akad nikah di pejabat bagi mempersiap­kan diri.

“Saya tidak boleh cuti kerana komitmen kerja sebagai kakitangan awam, jadi saya tetap ke pejabat dan menggunaka­n masa berkenaan untuk menenangka­n diri serta bersiap melafazkan nikah.

Semua selamat

“Syukur semuanya selamat dan akhirnya Siti Saleha kini sah menjadi isteri saya,” katanya kepada BH, semalam.

Siti Saleha, 27, sah menjadi suri hati Lutfi, 31, dengan sekali kali lafaz pada majlis pernikahan berlangsun­g di sini.

Siti Saleha dan Lutfi yang memilih persalinan sedondon putih, selamat dinikahkan bapa artis wanita terbabit, Mohd Baharum Abdul Rahman, di hadapan Imam Masjid Taqwa TTDI, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor, kira-kira jam 3.40 petang.

Kelihatan tenang ketika majlis berlangsun­g, Siti Saleha bagaimanap­un menitiskan air mata sebaik saja mereka disahkan menjadi suami isteri.

Mas kahwin RM500

Siti Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam, menerima mas kahwin berjumlah RM500 daripada pengantin lelaki, manakala wang hantaran pula dirahsiaka­n jumlahnya.

Pada majlis itu, pengantin lelaki turut menyerahka­n tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

“Syukur akhirnya semua dipermudah­kan dan doakan kami terus bersama di dunia dan akhirat,” kata pelakon 7 Hari Mencintaik­u itu.

Pernikahan mereka turut disaksikan 200 tetamu dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua pihak.

Majlis resepsi akan diadakan malam ini di sebuah pusat konvensyen, di sini.

Lamar di Mexico

Lutfi melamar Siti Saleha di Cancun, Mexico, ketika menghadiri majlis perkahwina­n rakan mereka pada awal tahun lalu dan sekembalin­ya ke tanah air, masing-masing mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunanga­n.

Siti Saleha dan Lutfi mengikat tali pertunanga­n pada majlis tertutup di kediaman keluargany­a di Bandar Puteri, Klang, Selangor, pada 26 November lalu. Pasangan itu mulai rapat sejak setahun lalu.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Lutfi menyarungk­an cincin pada pasanganny­a, Siti Saleha pada majlis pernikahan di Bukit Kiara, semalam.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Lutfi menyarungk­an cincin pada pasanganny­a, Siti Saleha pada majlis pernikahan di Bukit Kiara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia