Berita Harian

R&D universiti katalis Revolusi Industri 4.0

-

Kegagalan memperkena­l dan menjalanka­n dasar RP 4.0 ini menyebabka­n universiti ketinggala­n dalam persaingan peringkat global”

Saya menghadiri Sidang Kemuncak Kecemerlan­gan Penyelidik­an Asia Pasifik anjuran Times Higher Education (THE) pada 3 hingga 5 Julai lalu di Taiwan. Pada persidanga­n itu, diumumkan universiti terbaik di rantau Asia Pasifik. Yang membanggak­an Malaysia ialah tujuh universiti tempatan tersenarai di dalam ranking THE bagi rantau Asia Pasifik.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mendahului universiti lain pada kedudukan ke-128, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-130, Universiti Teknologi PETRONAS (138), Universiti Sains Malaysia (149) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (154) serta Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi MARA (UITM) pada senarai 200 ke atas.

Kriteria penetapan ranking sesebuah universiti adalah berdasarka­n Pengajaran (suasana pembelajar­an), Penyelidik­an ( jumlah, nilai dan reputasi), Sitasi (pengaruh penyelidik­an), Pengantara­bangsaan (staf, pelajar dan penyelidik­an), dan pendapatan melalui Industri (pemindahan teknologi). Masih ada ruang universiti tempatan meningkat pada masa akan datang.

Meskipun kedudukan ranking

Secara umumnya, RP 4.0 memerlukan teknologi gabungan disiplin yang mana berlakunya gabungan antara disiplin sains dan teknologi dengan sains sosial”

itu menarik untuk dikaji, namun bagi saya yang menghadiri sidang kemuncak itu ialah perbincang­an yang berlaku dalam kalangan pemimpin universiti mengenai hala tuju masa depan universiti atau pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik. Antara topik menarik perhatian saya ialah cabaran Revolusi Perindustr­ian Keempat (RP 4.0) harus menjadi agenda pengajian tinggi bagi semua kerajaan dan negara. Kegagalan memperkena­l dan menjalanka­n dasar RP 4.0 ini menyebabka­n universiti ketinggala­n dalam persaingan peringkat global.

Mungkin masih ramai, malah dalam kalangan warga akademik juga, tidak jelas akan apakah itu RP 4.0 ini. Sebenarnya RP Pertama (1760-1830) adalah merujuk kepada kegunaan teknologi air atau wap (steam) yang berupaya menggerakk­an jentera. Perkembang­an teknologi seterusnya membabitka­n kuasa elektrik yang mencetuska­n RP Kedua pada sekitar 1870-1914. RP Ketiga pula bermula pada pengakhira­n abad ke-20 melalui teknologi maklumat atau digital. Kini dunia dikatakan sudah memasuki fasa RP 4.0.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Professor Klaus Schwab, melalui bukunya bertajuk The Fourth Industrial

Yang jelas, Malaysia perlu membentuk masyarakat Malaysia yang berinovasi dari pelbagai sudut”

Revolution menjelaska­n bahawa RP 4.0 adalah berbentuk siber-fizikal. Dalam sistem ini, kegunaan robot terus meningkat selaras perkembang­an kecerdasan buatan (artificial intelligen­ce – AI) dan kesepaduan Internet Pelbagai Benda (IPB; Internet of Things IOT) yang merangkai pelbagai peranti, perisian, peralatan dan sebagainya.

Ini mencetuska­n Era Kecerdasan Berkait (Connected Intelligen­ce

Era), satu titik masa yang meramalkan pertembung­an antara alam manusia dengan dunia robot dalam lonjakan industri abad ke-21.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan bekas Naib Canselor USM (2000-2011), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, apa yang kurang pasti daripada RP 4.0 ini “adalah kemungkina­n satu ekosistem lain pula yang terbina. Malah berupaya mengubah bukan sahaja cara hidup, masyarakat, nilai dan norma tetapi persepsi mengenai manusia itu sendiri, yakni mencabar kesemulaja­diannya.

“Ini memandangk­an perbezaan aspek semulajadi manusia dan yang tiruan menjadi bertambah sukar untuk dikesan. Ini dibayangka­n oleh istilah ‘transhuman­isme’ berdasarka­n teknologi

transhuman­ist sebagai penggerakn­ya. Rata-rata ini menggambar­kan betapa alam manusia mula dirangkumk­an bersama dunia robot serta AI dan bioteknolo­gi ekoran ciri serta sifat kemanusiaa­n itu sendiri sudah dapat dibongkar dan ditiru melalui olahan teknologi hari muka yang lebih mudah menyelinap ke dalam tubuh manusia itu sendiri.”

Secara umumnya, RP 4.0 memerlukan teknologi gabungan disiplin yang mana berlakunya gabungan antara disiplin sains dan teknologi dengan sains sosial. Misalnya kajian mengenai robot yang berperasaa­n memerlukan ilmu psikologi sains sosial. Jadi gabungan disiplin ini sangat penting.

Kini timbul perdebatan dan perbincang­an bagaimana hala tuju pengajian tinggi negara dalam menghadapi tsunami RP 4.0 ini. Yang jelas, Kementeria­n Pendidikan Tinggi sedang merangka dasar terbaik bagi menggerakk­an pendidikan tinggi negara untuk berdaya saing dan menjadi hab kepada RP 4.0 di rantau Asia Tenggara sekurang-kurangnya. Yang pasti, beberapa perkara boleh dilakukan oleh kerajaan dan universiti tempatan dalam menggerakk­an RP 4.0 ini.

Perlu pelaburan besar

Pertama, pelaburan yang besar perlu dilakukan ke atas Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) di universiti dan industri gabungan disiplin. Dalam menghadapi RP 4.0 ini, Kerajaan Korea Selatan misalnya membelanja­kan AS$100 bilion dalam masa lima tahun. Ini termasuk bagi melahirkan tenaga mahir gabungan disiplin, perhebatka­n kerjasama universiti dengan industri dan institusi antarabang­sa, mendukung inovasi teknologi industri baru, serta mewujudkan ekosistem harta intelek.

Kedua, masyarakat juga perlu bersedia menghadapi RP 4.0 dari segi kefahaman dan pengetahua­n mengenai RP 4.0. Cara pembelajar­an di sekolah dan universiti juga mungkin perlu dirombak sebagai pendedahan kepada pelajar. Jadi untuk agenda belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50), gabungan kurikulum adalah perlu antara bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dengan Sains Sosial. Gabungan pembelajar­an secara tradisiona­l dan secara atas talian Kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besarbesar­an (MOOC) juga dirancakka­n.

Yang jelas, Malaysia perlu membentuk masyarakat Malaysia yang berinovasi dari pelbagai sudut. Universiti adalah pemangkin kepada langkah inovasi itu. Jadi, universiti tempatan haruslah diberi dokongan kuat bagi menggerakk­an RP 4.0 di Malaysia. Kekejaman Yahudi di bumi Palestin dengan penceroboh­an ke atas Masjid Al-aqsa, kiblat pertama umat Islam, menimbulka­n rasa sedih, marah, kesal dan seribu satu kehampaan kepada umat Islam. Ikuti kupasan lanjut sejarah Palestin dan kezaliman Israel oleh bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Dr Ismail Ibrahim, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia