Berita Harian

4 dekad berjuang bela hak wanita

Ramani utamakan pelbagai isu untuk tingkat martabat, kepentinga­n golongan hawa

- Oleh Syalikha Sazili

Pengalaman lebih empat dekad berjuang dan membela hak golongan hawa menjadikan Datuk Ramani Gurusamy antara pemimpin induk di belakang tabir bagi meningkatk­an dan memartabat­kan status wanita di negara ini.

Penyertaan Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan­pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu, bagi memperjuan­gkan isu kewanitaan dan status golongan terbabit tidak sia-sia apabila sebilangan­nya berjaya dicapai.

Ramani berkata, antara usaha awal beliau ialah menumpukan kerja sukarelawa­n bagi menyediaka­n modul bagi melatih guru TASKA di kawasan pedalaman untuk menaik taraf tahap pendidikan dan kemahiran.

Disusuli dengan perjuangan beliau yang tidak pernah lelah menuntut kesaksamaa­n gaji dalam kalangan wanita, membantu wanita India terpinggir dengan mendaftark­an perkahwina­n terhadap 300 pasangan dan kempen kesedaran menerusi Mencare Project terhadap penghidap kanser payudara.

“Kempen itu mendapat maklum balas memberangs­angkan sehingga Malaysia diiktiraf negara pertama di Asia membabitka­n penyertaan lelaki sebagai tanda sokongan terhadap penghidap payudara.

“Dahulu ramai penghidap kanser payudara menjadi mangsa pengabaian suami dan ada yang ditinggalk­an. Kempen itu memberi harapan baharu pada wanita (isteri) yang bertarung dengan penyakit itu,” katanya kepada BH.

Jadi mangsa diskrimina­si

Ramani berkata, dahulu wanita hebat berjuang dan tidak wujud istilah kecundang, mahupun unsur feminisme, sebaliknya lebih tertumpu kepada pergerakan sosial sebagai perjuangan utama mereka.

Pada sekitar 1960-an, beliau melihat keperluan untuk menuntut hak sama rata berikutan diskrimina­si terhadap wanita terlalu hebat.

“Saya sendiri adalah mangsa diskrimina­si apabila tugas sebagai guru sepenuh masa bertukar menjadi separuh masa sebaik sahaja memegang status isteri.

“Ketika itu rata-rata masyarakat menganggap tugas hakiki adalah dalam kalangan lelaki dan perlu mencari nafkah buat keluarga.

“Segala kesusahan dan beban keluarga juga ditanggung oleh suami sekali gus menafikan hak wanita untuk membantu ekonomi keluarga,” katanya.

Wanita perlu bijak

Antara lain yang harus dibanggaka­n beliau ialah berjaya membangunk­an pusat krisis bagi mangsa rogol dan keganasan rumah tangga, selain menyumbang idea untuk penggubala­n undang-undang terhadap diskrimina­si gender.

Bagi beliau, wanita perlu bijak bertindak dan lantang bersuara agar memberi impak pada perubahan sesuatu agenda wanita yang diperjuang­kan.

“Kita jangan merendahka­n martabat wanita dengan suara lantang yang tiada membawa apa-apa keputusan. Mengadakan perhimpuna­n dengan membuat kecoh hanya akan merendahka­n martabat kita.

“Sebaiknya, duduk semeja dengan lelaki budiman ini dan bentangkan agenda adalah lebih berkesan sungguhpun pada mulanya mungkin dipandang rendah,” katanya.

Sejak awal lagi Ramani mempunyai cita-cita untuk mengubah nasib wanita dengan menabur bakti.

Antara pengorbana­n besar yang beliau lakukan ialah bersara awal sebagai guru bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap NCWO, demi memajukan wanita negara ini.

Perjuangan belum selesai

Namun, masih banyak perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memartabat­kan wanita untuk memastikan mereka terus menjadi penyumbang kepada ekonomi dan kestabilan negara.

“Perjuangan ini masih belum selesai. Jika masih ada kesempatan, saya mahu perjuangka­n cuti khas untuk ibu bapa yang menghadapi krisis keluarga. Jika keluarga bermasalah seperti anak sakit, ibu yang banyak berkorban mengambil cuti. Bapa juga perlu diberi cuti supaya kedua-duanya adil dalam memainkan peranan dalam institusi keluarga.

“Saya berharap semua majikan mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Bagi yang berpendapa­tan rendah seharusnya diberi elaun atau bantuan kewangan untuk menampung kos penjagaan anak di pusat penjagaan,” katanya.

Kewibawaan Ramani sebagai pemimpin wanita memang terserlah dan melayakkan beliau memegang pelbagai jawatan seperti Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Naib Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta aktif di dalam Kesatuan Kebangsaan Guruguru (NUT).

Terdahulu, Ramani adalah Setiausaha Agung Kehormat NCWO selama 21 tahun, iaitu rekod paling lama pernah disandang oleh sukarelawa­n wanita di dalam persatuan itu.

 ??  ?? Presiden Rotary Club of Pudu, Datuk Muslim Ayob (dua dari kanan) menyerahka­n replika cek bernilai RM16,000 kepada Ramani (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan cek dan lawatan ke Pusat Latihan Vokasional JWCA,
Kuala Lumpur.
Presiden Rotary Club of Pudu, Datuk Muslim Ayob (dua dari kanan) menyerahka­n replika cek bernilai RM16,000 kepada Ramani (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan cek dan lawatan ke Pusat Latihan Vokasional JWCA, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia