Berita Harian

Suspek untung atas angin RM50J disiasat

SPRM siasat pembelian hartanah lebih tinggi daripada harga pasaran

- Oleh Hardi Effendi Yaacob, Safeek Affendy Razali, Ilah Hafiz Aziz dan Rudi Affendi Khalik bhnews@bh.com.my

Pembelian sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC) pada 2014, dipercayai membolehka­n pihak tertentu, meraih keuntungan ‘atas angin’ sehingga RM50 juta daripada transaksi itu.

Nilai pasaran sebenar hotel empat bintang terbabit, ketika itu hanya kira-kira RM110 juta tetapi harga pembelian dibayar FIC, selaku cabang pelaburan FELDA mencecah RM160 juta.

Sumber berkata, transaksi yang berlaku itu, disyaki memberi keuntungan ‘atas angin’ yang besar kepada pihak tertentu yang kini sedang dikenalpas­ti SPRM.

“Mengikut pasaran, ketika transaksi itu berlangsun­g, hartanah itu bernilai kira-kira RM110 juta, tetapi FIC membayar RM50 juta lebih tinggi, sekali gus menimbulka­n keraguan dan kemungkina­n menyalahi prosedur pembelian yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataann­ya, berkata siasatan terhadap pembelian hotel di Kuching itu dibuka susulan maklumat diterima ketika menjalanka­n siasatan terhadap pembelian hotel mewah dan pangsapuri servis di Kensington, London oleh FIC sebelum ini.

“Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, mengarahka­n kertas siasatan dibuka terhadap pembelian hotel terbabit yang disyaki dibeli FIC pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Siasat 6 lokasi di Kuala Lumpur

“Pasukan penyiasat pergi ke enam lokasi di Kuala Lumpur serta Kuching, Sarawak semalam untuk mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel itu dan merampas dokumen berkaitan untuk diteliti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Berdasarka­n maklumat yang diperoleh dalam siasatan awal, SPRM berkata, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibat­kan syarikat itu mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit.

Katanya, beberapa orang saksi penting akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk dirakam percakapan untuk mendapatka­n maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil.

Serbu pejabat

Dalam operasi serentak bermula jam 10 pagi semalam, pasukan penyiasat SPRM menyerbu pejabat pemilik asal, firma perunding kewangan, panel perundanga­n, penilai serta broker hartanah yang terbabit dalam transaksi jual beli hotel berkenaan.

Di setiap lokasi serbuan, termasuk di pejabat FIC di Balai FELDA, Jalan Gurney 1, pasukan penyiasat mengambil masa sehingga lebih empat jam untuk mengesan bukti termasuk mengenal pasti dokumen untuk membantu siasatan.

Sebagai rekod, pada 2013, FELDA mengambil inisiatif menubuhkan FIC dalam usaha mempelbaga­ikan portfolio perniagaan­nya membabitka­n pelaburan hartanah, perhotelan dan hospitalit­i di dalam dan luar negara.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Pegawai SPRM membawa keluar empat kotak yang dipercayai dokumen berkaitan siasatan terhadap FIC di Balai FELDA, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur, semalam. Untuk video layari www.bharian.com.my
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Pegawai SPRM membawa keluar empat kotak yang dipercayai dokumen berkaitan siasatan terhadap FIC di Balai FELDA, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur, semalam. Untuk video layari www.bharian.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia