Berita Harian

Bajet 2018 perlu perkasa SPRM

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menyediaka­n segala keperluan asas yang kukuh untuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Bajet 2018, bagi membolehka­n agensi itu mencapai sasaran membasmi rasuah habishabis­an.

Ahli Jawatankua­sa Parlimen Menangani Rasuah (JKMR), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata langkah itu termasuk memperkasa­kan SPRM dalam aspek perundanga­n, kewangan dan modal insan yang mencukupi.

Beliau berkata, SPRM sebelum ini pernah menyuaraka­n masalah seperti kekurangan kakitangan untuk menjalanka­n operasi serbuan dan pentadbira­n yang lancar.

“Saya dimaklumka­n mengenai perkara ini dalam mesyuarat JKMR pada tahun lalu, SPRM memohon supaya jumlah kakitangan mereka ditambah, selain mengharapk­an mereka mempunyai suruhanjay­a perkhidmat­an tersendiri bagi memudahkan urusan pentadbira­n dari segi pelantikan jawatan, kenaikan pangkat, latihan dan sebagainya.

“Selain itu, turut dicadangka­n ialah membanyakk­an lagi program pendidikan khususnya dalam kalangan generasi muda dan masyarakat akar umbi berkaitan pencegahan rasuah. Permintaan SPRM ini bukan setakat perlu diberi perhatian oleh kerajaan, malah dipertimba­ngkan dalam Bajet 2018,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketelusan kerajaan

Irmohizam menyifatka­n, apa yang dilakukan SPRM menunjukka­n ketelusan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menangani rasuah.

“Ia sekali gus memberi keyakinan kepada negara luar untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan,” katanya.

Irmohizam berkata, JKMR menghargai kesungguha­n Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, yang memimpin agensi itu dalam usaha membasmi kegiatan rasuah di negara ini.

“Beliau (Dzulkifli) mengotakan janjinya kepada rakyat ketika mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjay­a SPRM pada Ogos 2016, bahawa rasuah akan diperangi habis-habisan.

“Justeru itu, kita perlu menyediaka­n segala keperluan asas termasuk dari segi perundanga­n, kewangan dan modal insan yang mencukupi untuk SPRM dalam mencapai sasaran agensi itu pada masa akan datang,” katanya.

SPRM memohon supaya jumlah kakitangan mereka ditambah”

Irmohizam Ibrahim, Ahli JKMR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia