Berita Harian

Projek ‘Mofaz Belt’ raih emas

Pelajar SK Felda Laka Selatan cipta tali pinggang keselamata­n

- Oleh Adha Ghazali adha@bh.com.my

Projek inovasi dinamakan ‘Mofaz Belt’ membawa tuah kepada tiga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Laka Selatan dekat Changlun di sini, apabila dinobat penerima Anugerah Pingat Emas sempena Pameran Inovasi Eureka Peringkat Antarabang­sa 2017 (IEIE 2017).

Ketigatiga pelajar iaitu Nurul Balqis Idris, 10; Nur Amalin Ilyana Rashidi Rashid, 9 dan Qistina Batrisya Mohd Latif, 10, membawa cabaran SK Felda Laka Selatan melalui projek berkenaan yang berjaya mencuri perhatian barisan juri IEIE 2017.

Susulan kemenangan itu, ketigatiga murid yang ditemani empat guru pengiring itu, layak menerima plak pingat emas, sijil penyertaan dan sijil pemenang yang disampaika­n Pengerusi UNIKL, Datuk Dr Adham Baba, sempena penutupan IEIE 2017 kelmarin.

Mofaz Belt adalah sejenis alat khas yang direka daripada beg sekolah terpakai bertindak sebagai tali pinggang keselamata­n untuk membantu kanakkanak yang membonceng motosikal bagi mengelak daripada terjatuh akibat mengantuk atau kecuaian.

Penggunaan­nya juga mudah kerana ibu bapa hanya perlu mengikat Mofaz Belt yang sebelum itu dipakaikan pada badan anak mereka ketika dibonceng, dengan fungsinya sebagai pengikat untuk mengelak terjatuh dari motosikal.

Cukup membanggak­an

Guru Besar SK Felda Laka Selatan, Mohd Nizam Saidin, ketika dihubungi mengakui pencapaian tiga muridnya itu suatu yang cukup membanggak­an, apabila berjaya melakar nama dalam pertanding­an peringkat antarabang­sa yang disertai lebih 300 pasukan daripada pelbagai institusi.

Projek berkenaan, katanya adalah cetusan idea barisan murid itu sendiri, yang kemudian dibimbing guru melalui Majlis Inovasi Sekolah di SK Felda Laka Selatan yang diwujudkan dua tahun lalu.

“Idea ini timbul apabila pelajar terbabit melihat insiden kanakkanak terjatuh ketika membonceng motosikal termasuk klip video kejadian itu yang berlaku di Kedah barubaru ini sehingga menjadi viral di internet. Idea itu kemudian digilap sepanjang tempoh kirakira dua bulan.

“Bagi pihak sekolah, ia adalah suatu yang membanggak­an apabila pelajar berusia 9 dan 10 tahun mampu berfikir di luar kotak untuk mencipta propduk inovasi bernilai tinggi, ia menjadi bukti kepada tahap kemenjadia­n murid,” katanya.

Pameran IEIE 2017 berlangsun­g antara 25 hingga 27 Julai di UNIKL Malaysian Spanish Institute (UNIKL MSI) di Kulim, dekat sini, dengan disertai lebih 300 pasukan mewakili universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi (IPT), badan berkanun dan sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Mohamad Rahim (kiri) meraikan kejayaan SK Felda Laka Selatan meraih pingat emas sempena I-EIE 2017.
Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Mohamad Rahim (kiri) meraikan kejayaan SK Felda Laka Selatan meraih pingat emas sempena I-EIE 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia