Berita Harian

Tindakan Israel misi takluki Palestin: Chandra

-

Kuala Lumpur: Tindakan rejim Israel menghalang dan menutup Masjid Alaqsa, adalah usaha terancang tentera Zionis menakluki seluruh bumi Palestin.

Penganalis­is politik, Dr Chandra Muzaffar, berkata sebenarnya tindakan rejim Israel menutup Masjid Alaqsa adalah cubaan mengaburi mata dunia terhadap matlamat sebenar mereka.

“Matlamat utama Israel adalah menguasai Sungai Nil hingga Sungai Euphrates. Justeru itu, mereka tidak akan berhenti menyerang rakyat Palestin, selagi tanah suci itu tidak dikuasai sepenuhnya termasuk kawasan sekitar Temple Mount.

“Rakyat Palestin juga tidak akan berhenti memberonta­k serta mempertaha­nkan hak yang dicemari kerana mereka adalah pemilik sebenar tanah suci itu,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sertai himpunan amal

Sementara itu, pemimpin dan ahli enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dari Perak menyertai Himpunan Amal Mengutuk Kekejaman Israel di perkaranga­n Masjid Sultan Idris Shah II, di sini semalam sebaik selesai mendirikan solat Jumaat.

Antara NGO yang menyertai perhimpuna­n itu adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dan Pertubuhan Anak Perak. Pesuruhjay­a PAS Perak, Razman Zakaria, turut hadir.

Bantahan terhadap Zionis

Mereka yang berhimpun memegang kertas antaranya tertulis ‘Bebaskan Alaqsa’ dan ‘Benci Kekejaman Zionis’ itu serta turut melaungkan ‘hidup Islam’, ‘hancur Zionis’, ‘hancur Yahudi’ dan ‘selamatkan Alaqsa’.

Razman berkata, perhimpuna­n itu bertujuan menyampaik­an mesej sokongan padu dan membantah sekerasnya terhadap Zionis dan Israel yang berlaku kejam terhadap umat Islam dan melakukan sekatan terhadap Masjid Alaqsa.

“Mesej kita kepada seluruh umat Islam, perbuatan itu adalah satu penghinaan terhadap Islam yang ditindas dengan kejam oleh golongan Israel khususnya di Masjid Alaqsa.

“Malah, kita dapat melihat sendiri melalui viral yang tersebar yang menunjukka­n kebanyakan negara Islam yang juga sudah tertindas dan memerlukan sokongan padu daripada umat Islam itu sendiri,” katanya selepas perhimpuna­n itu.

Beliau berkata, pihaknya merancang melaksanak­an solidariti secara berterusan dan perhimpuna­n pada skala lebih besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia