Berita Harian

Ahli DAP kecewa CEC sedia alih arah

-

Sepang: Tindakan DAP melantik PKF Consulting selaku pemerhati bebas ketika pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) tidak disenangi beberapa perwakilan parti yang mendakwa wujud kepentinga­n peribadi dalam pelantikan itu.

Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Murni, Sepang, Thirumalai Malavan, berkata pemilihan pemerhati bebas itu juga tidak mendapat persetujua­n ahli DAP yang musykil kenapa pucuk pimpinan berdolak dalik melakukan pemilihan semula CEC seperti mana diarahkan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Kemelut CEC ini turut menimbulka­n rasa curiga dalam kalangan ahli seolah-olah ada perkara yang mahu disembunyi­kan terutama membabitka­n Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng tak layak

“Malah, Guan Eng tidak layak bergelar Setiausaha Agung parti kerana ROS tidak meluluskan pemilihan CEC sebelum ini manakala beliau sendiri masih berdolak-dalik mengenai masalah ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Yang turut hadir, bekas Ketua DAP Sepang, R Vellasamy Rasu. DAP Cawangan Taman Sri Murni ditubuhkan pada 2008 dan pada pemilihan CEC 2012, tiga ahli cawangan berkenaan hadir mengundi sebagai perwakilan.

Thirumalai berkata, jawatan Setiausaha Agung yang disandang Guan Eng perlu diganti dengan pemimpin exco lain yang lebih telus dan tidak mementingk­an kroni selain melantik badan pemerhati yang benar-benar bebas bagi memantau perjalanan pemilihan CEC baru.

“Saya tidak takut menghadapi tindakan disiplin kerana kenyataan terbuka ini, malah semua pimpinan CEC yang sedia ada adalah tidak sah. Jadi, saya hairan bagaimana mereka boleh mentadbir parti ini.

“Kami tidak akan teragakaga­k untuk mengalih sokongan pada pilihan raya umum akan datang kerana wakil rakyat yang sedia (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan) juga gagal membela nasib rakyat di kawasan ini, seperti mana dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Sementara itu, Vellasamy, yang dipecat daripada DAP pada 2012, berkata ahli DAP hanya boleh bertepuk tangan dan bersorak pada setiap persidanga­n atau perhimpuna­n, sekiranya membantah atau menolak cadangan tertentu, pasti akan disingkirk­an.

Sebelum ini, ROS menegaskan ia tetap dengan keputusann­ya mahu DAP mengadakan semula pemilihan CEC parti itu bagi membolehka­n perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf, dalam tempoh 14 hari bermula 10 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia