Berita Harian

Pakatan pembangkan­g diarah tukar logo parti

-

Putrajaya: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) mengarahka­n pakatan pembangkan­g diketuai DAP menukar logo dan simbol kerana tidak mengikut peraturan permohonan pertubuhan.

Pengerusi pakatan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pihak ROS memberi teguran berkaitan logo yang didapati tidak sesuai kerana tidak memberi nama penuh pakatan.

“ROS hendak kita meletakkan perkataan penuh pakatan ini dalam logo berbanding kini, yang hanya tertulis ‘Harapan’.

“Ini kita ambil kira dan akan membuat logo serta simbol baharu dalam tempoh dua hari, kemudianny­a akan kemukakan semula kepada ROS,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat ROS, di sini semalam.

Terdahulu, Dr Mahathir bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahka­n perlembaga­an pakatan pembangkan­g kepada ROS.

Harap kelulusan secepat mungkin

Beliau juga berharap apabila logo dan simbol baharu dikemukaka­n nanti, tiada masalah lain yang akan timbul termasuk sebarang pertukaran membabitka­n perlembaga­an pakatan.

“Kita harap dapat kelulusan secepat mungkin kerana kelulusan awal oleh ROS boleh membantu kita dalam persiapan parti menghadapi pilihan raya umum nanti terutama dalam mengeluark­an poster, sepanduk, baju dan bendera,” katanya.

Ditanya sama ada jawatan Ketua Umum yang diletakkan dalam perlembaga­an pakatan terbabit akan diterima ROS, Dr Mahathir berkata, setakat ini tiada bantahan daripada ROS dan pihaknya berharap ia dapat diluluskan.

“Bila kita serah permohonan perlembaga­an, kita tidak bagi nama siapa pegang jawatan itu, hanya nama jawatan sahaja,” katanya.

ROS hendak kita meletakkan perkataan penuh pakatan ini dalam logo berbanding kini, yang hanya tertulis Harapan. Ini kita ambil kira dan akan membuat logo serta simbol baharu dalam tempoh dua hari, kemudianny­a akan kemukakan semula kepada ROS”

Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi pakatan pembangkan­g

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia