Berita Harian

Terpaksa tambah stok jualan BH

Promosi bersama Lifebuoy sempena ulang tahun mendapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Orang ramai yang berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, semalam, mendapat kejutan istimewa apabila menerima pek sabun mandi Lifebuoy bernilai RM5 dengan pembelian senaskhah akhbar Berita Harian (BH).

Promosi jualan BH sempena Ulang Tahun Ke-60 bersama Lifebuoy di pasar popular itu mendapat sambutan menggalakk­an apabila akhbar habis dijual dalam tempoh tiga jam.

Seawal jam 7 pagi, orang ramai tidak melepaskan peluang membeli akhbar BH bagi mendapatka­n sabun mandi Lifebuoy bernilai RM5 itu.

Abdul Rahman Yaacob, 70, dari Padang Bongor, di sini, antara pembaca setia BH yang turut mendapatka­n pek promosi bersama akhbar yang dilanggani­nya sejak era 60-an.

“Saya minat BH sejak zaman remaja lagi memandangk­an akhbar ini antara paling popular ketika itu kerana sentiasa mengandung­i maklumat tepat, berkredibi­liti serta berfakta.

“BH juga dilihat sentiasa mengikuti peredaran zaman dan pantas dalam menyalurka­n maklumat menerusi BH Online sekali gus memenuhi keperluan pembaca yang tidak sempat membeli akhbar cetak.

“Malah, meskipun sudah puluhan tahun berlalu, saya masih pembaca setia BH sehinggaka­n anak dan cucu mewarisi minat saya memandangk­an akhbar ini mempunyai segmen pendidikan yang membantu pelajar menduduki peperiksaa­n penting,” katanya ketika ditemui BH.

Promosi jualan BH di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, berlangsun­g serentak di Pasar Besar Alor Setar, Kedah yang menjadi sebahagian daripada 13 siri promosi seluruh negara sejak 10 Jun lalu.

Sambutan menggalakk­an

Pasar Pagi Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menjadi lokasi terakhir promosi pemberian pek percuma sabun mandi Lifebuoy bersama pembelian akhbar BH, semalam.

Pengurus Jualan dan Pengedaran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Saifuzzama­n Jaafar, berkata pihaknya terpaksa menambah stok berikutan sambutan menggalakk­an di dua lokasi berlainan sekitar Pasar Siti Khadijah.

“Alhamdulil­lah, ramai pengunjung membeli akhbar BH sejak jam 7 pagi dan maklum balas yang kita terima mendapati mereka memuji promosi sebegini memberi banyak manfaat kepada mereka, terutama pembaca setia akhbar ini,” katanya.

Sementara itu, di Alor Setar, promosi jualan akhbar BH bersama Lifebuoy di Pasar Besar Alor Setar, di sini, pagi semalam mendapat sambutan luar biasa apabila akhbar habis dijual dalam tempoh kira-kira dua jam.

Mohd Yatim Mustafa, 40, dari Kampung Berjaya, di sini, adalah antara pembaca yang melanggan BH sejak remaja dan gembira kerana sempat membeli BH untuk mendapatka­n sabun mandi Lifebuoy sebelum kehabisan.

“Saya boleh dikira pembaca setia BH kerana sudah lama melanggan akhbar ini. Bagi saya, BH satusatuny­a media arus perdana yang mempunyai kredibilit­i tinggi dalam penyampaia­n berita dan maklumat terkini.

“Kelebihan BH pada saya melalui penyediaan segmen yang pelbagai untuk segenap lapisan usia, untuk orang muda contohnya BH ada kolum khusus termasuk segmen sukan, begitu juga untuk pendidikan yang pendekatan­nya menjurus kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n penting,” katanya.

BH kekal releven

Pengurus Jualan Akhbar dan Pengedaran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Mohd Hawari Mohamed, berkata sambutan diterima melalui promosi ini cukup menggalakk­an apabila pihaknya terpaksa menambah stok edaran beberapa kali untuk memenuhi permintaan warga Alor Setar.

“Sambutan diterima ini membuktika­n peranan BH kekal releven sebagai media arus perdana dan promosi yang kita adakan ini, sebagai menghargai sumbangan pembaca yang setia menyokong BH,” katanya.

Kelebihan BH pada saya melalui penyediaan segmen yang pelbagai untuk segenap lapisan usia, untuk orang muda contohnya BH ada kolum khusus termasuk segmen sukan, begitu juga untuk pendidikan yang pendekatan­nya menjurus kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n penting”

Mohd Yatim Mustafa, Pembaca

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR /BH] ?? Pembaca BH menunjukka­n pek percuma sabun Lifebouy bagi pembelian senaskhah akhbar BH sempena Ulangtahun Ke-60 BH di gerai jualan akhbar berhampira­n Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR /BH] Pembaca BH menunjukka­n pek percuma sabun Lifebouy bagi pembelian senaskhah akhbar BH sempena Ulangtahun Ke-60 BH di gerai jualan akhbar berhampira­n Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, semalam.
 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] ?? Adha (kiri) menjual akhbar BH kepada orang ramai sempena Ulang Tahun BH ke-60 di Pasar Besar Alor Setar, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] Adha (kiri) menjual akhbar BH kepada orang ramai sempena Ulang Tahun BH ke-60 di Pasar Besar Alor Setar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia