Berita Harian

Nelayan asing rakus rompak hasil laut kita

Kerap dilihat menunda ikan 100 batu nautika dari Pulau Sibuti

- Oleh Kandau Sidi dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Nelayan asing semakin ‘angkuh’ dan seolah-olah tidak takut terhadap penguat kuasa Malaysia.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri, Jamali Basri, berkata nelayan asing begitu berani menunda ikan menghampir­i kawasan pantai seperti sering berlaku di perairan Sibuti-miri di wilayah utara negeri ini.

“Nelayan tempatan di Sibuti, kerap terserempa­k bot atau kapal nelayan asing di kawasan itu kerana banyak ikan. Mereka tidak takut dengan nelayan tempatan tetapi cepat menghilang­kan diri sebelum anggota keselamata­n tiba di lokasi,” katanya.

Jamali berkata, hampir setiap minggu pasti ada nelayan asing menunda ikan di perairan kurang 100 batu nautika dari Pantai Sibuti, malah ada di antara mereka bersikap agresif hingga mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan nelayan setempat.

Katanya, keberanian nelayan asing itu dikhuatiri akan menjejaska­n sumber perikanan dan hidupan laut di kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi mereka menggunaka­n kaedah penangkapa­n ikan, termasuk jenis pukat yang diharamkan.

Guna kaedah tunda

Ketika ini, nelayan asing terbabit menggunaka­n kaedah tunda ganding dan begitu berkesan memperoleh ikan dalam jumlah banyak, namun menjejaska­n hidupan laut, termasuk merosakkan terumbu karang yang menjadi komponen terpenting sumber pembiakan hidupan maritim.

Malah, beliau mendedahka­n ada dalam kalangan nelayan asing menggunaka­n kaedah lebih berbahaya seperti bom ikan atau racun untuk menangkap ikan di perairan negeri ini.

Nelayan Bakam, Geruni Sudin, 45, mencadangk­an Kerajaan Malaysia mengambil tindakan lebih tegas ke atas nelayan asing yang menceroboh perairan negeri ini.

“Di Indonesia, tiada kompromi langsung jika nelayan asing ditahan menceroboh perairan mereka. Selain dikenakan penjara dan denda, bot nelayan asing turut dimusnahka­n, diletup atau dibakar. Malaysia memerlukan langkah sama,” katanya.

Sementara itu, boleh bercakap dialek tempatan, memalsukan nombor pendaftara­n kapal pukat tunda dan mengecatny­a menggunaka­n warna sama seperti bot nelayan setempat, antara modus operandi nelayan asing ketika menceroboh perairan negara.

Modus operandi itu dipercayai dilakukan berdasarka­n pengamatan nelayan asing terbabit yang 'bermaharaj­alela' sejak sekian lama di perairan Sarawak.

Ia bertujuan memperdaya­kan pegawai dan anggota penguat kuasa, khususnya Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang kerap membuat rondaan di perairan Malaysia terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Rompak hasil laut

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata, helah itu dikesan sejak tiga tahun lalu, apabila APMM menahan sebuah kapal tunda nelayan Vietnam ketika menceroboh perairan Kelantan.

“Modus operandi mereka memperliha­tkan pelbagai helah licik nelayan asing bagi melindungi kegiatan haram itu.

“Dalam kebanyakan taktik digunakan, ‘paling berani’ apabila mereka memalsukan nombor pendaftara­n bot nelayan kita (tempatan) untuk menceroboh perairan Malaysia, seterusnya ‘merompak’ hasil laut kita,” katanya ketika dihubungi BH.

Berdasarka­n modus operandi digunakan, kegiatan penceroboh­an dan penangkapa­n ikan secara haram oleh nelayan asing cukup dirancang rapi, termasuk penggunaan kapal induk yang sedia menunggu di perairan antarabang­sa bagi menyeludup keluar hasil laut diperoleh dari kapal pukat tunda berkenaan ke negara asal mereka.

Zulkifili berkata, kes terbaru dalam Ops Permai yang diketuai Timbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Miri, Komander Maritim Mohd Hambali Ya'akup apabila berjaya menahan dua kapal tunda Vietnam di perairan Gugusan Lucornia, 127 batu nautika dari Miri, awal bulan ini.

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi penahanan mendapati kedua-dua kapal tunda berkenaan menggunaka­n nombor pendaftara­n di Malaysia iaitu SF2-3728 dan SF2-4097, namun siasatan lanjut mengesahka­n kedua-duanya didaftarka­n di Vietnam.

“APMM juga menahan seramai 26 tekong dan awak-awak dari negara berkenaan, didapati tidak memiliki sebarang dokumentas­i yang membenarka­n mereka menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan di perairan Sarawak.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menceroboh perairan negara dan menjalanka­n kegiatan menangkap ikan tanpa kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hambali berkata, berbanding perairan negeri lain, perairan Sarawak cukup kaya dengan pelbagai spesies ikan dan hidupan laut bernilai tinggi, terutama di kawasan laut dalam.

“Sejak Ops Permai dilancarka­n pada 17 Jun lalu, operasi tertumpu di kawasan perairan utara Sarawak dan APMM berjaya menyelamat­kan 78 tan ikan dan hasil laut bernilai RM500,000 daripada ‘dilarikan’ nelayan asing berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Aktiviti penceroboh­an nelayan asing menjejaska­n sumber tangkapan ikan nelayan tempatan.
Aktiviti penceroboh­an nelayan asing menjejaska­n sumber tangkapan ikan nelayan tempatan.
 ?? [FOTO KANDAU SIDI/BH] ?? Dua bot nelayan asing yang ditahan APMM ketika Ops Permai di perairan Sarawak.
[FOTO KANDAU SIDI/BH] Dua bot nelayan asing yang ditahan APMM ketika Ops Permai di perairan Sarawak.
 ??  ?? Zulkifili Abu Bakar
Zulkifili Abu Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia