Berita Harian

Abdul Wahid, Amrin dilantik terajui Sime Darby Property

Pengalaman, kemahiran dimiliki mampu terus perkukuh prestasi, integriti organisasi

- Oleh Suffian A Bakar

Sime Darby Bhd semalam mengumumka­n pengerusi dan barisan pengurusan tertinggi baharu di peringkat kumpulan dan dua anak syarikatny­a, Sime Darby Property Bhd dan Sime Darby Plantation Bhd.

Timbalan Pengerusi Sime Darby, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dilantik sebagai pengerusi baharu kumpulan itu, menggantik­an Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Abdul Ghani pula dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Plantation, manakala Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar, dinamakan sebagai Pengerusi Sime Darby Property.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Seri Amrin Awaluddin, dilantik sebagai Pengarah Urusan Sime Darby Property, manakala Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Sime Darby, Datuk Tong Poh Keow, dilantik sebagai Pengarah Eksekutif merangkap CFO Sime Darby Property.

Jeffri Salim Davidson pula dilantik sebagai Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby.

Pengarah Urusan semasa Sime Darby Plantation, Datuk Franki Anthony Dass, akan memainkan peranan baharu sebagai Ketua Penasihat merangkap Pegawai Penilaian syarikat itu, manakala Renaka Ramachandr­an dilantik sebagai CFO.

Dalam satu kenyataan semalam, Sime Darby turut mengumumka­n Datuk Lawrence Lee Cheow Hock sebagai Pengarah Urusan Sime Darby Motors; Scott William Came- ron sebagai Pengarah Urusan Sime Darby Industrial dan Timothy Lee Chi Tim sebagai Pengarah Urusan Sime Darby Logistics.

Menurut kenyataan itu, kumpulan berkenaan akan diterajui oleh individu yang mempunyai kemahiran yang diperlukan dan pengalaman untuk mengurus organisasi yang besar dan kompleks serta dihormati bagi integriti dan kebolehan mereka dalam perniagaan.

Abdul Ghani berkata, kumpulan yakin ketiga-tiga syarikat berkenaan mempunyai kepemimpin­an yang sesuai untuk memacu syarikat ke hadapan dalam tempoh mencabar ini.

“Tugas mereka ialah mengembang­kan perniagaan dan cabaran mereka adalah mencapainy­a selain memberi pulangan konsisten kepada pihak berkepenti­ngan,” katanya.

 ??  ?? Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar
 ??  ?? Amrin Awaluddin
Amrin Awaluddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia