Berita Harian

Minyak mentah dunia diunjur AS$45-AS$55 satu tong

Lebihan penawaran dijangka berterusan kekang kenaikan harga lebih besar

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Harga minyak mentah dunia dijangka stabil pada paras semasa dengan kebanyakan penganalis­is mengunjurk­an ia berlegar pada paras purata AS$45 hingga AS$55 satu tong bagi tahun ini.

Walaupun, harga Brent kini meningkat semula melepasi paras AS$50 satu tong, peningkata­n pengeluara­n minyak syal di Amerika Syarikat (AS) akan mengekang peningkata­n harga komoditi itu meskipun anggota Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petro- leum (OPEC) utama khususnya Arab Saudi memberikan komitmen jitu untuk terus mengurangk­an lagi pengeluara­n minyaknya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata agak sukar menyatakan harga minyak mentah terus mencatatka­n peningkata­n besar memandangk­an sebarang peningkata­n harga akan menggalakk­an pengeluara­n minyak syal di AS.

Kapasiti pengeluara­n minyak terus meningkat

Beliau berkata, kapasiti pengeluara­n minyak yang ditunjukka­n melalui jumlah pelantar minyak di AS juga masih mempamerka­n aliran meningkat.

Justeru, katanya, suasana lebihan penawaran komoditi itu dijangka berterusan dan sedikit sebanyak menjadi kekangan besar bagi harga minyak mentah dunia mencatatka­n peningkata­n yang berterusan.

“Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) juga dilihat mengunjurk­an harga minyak meningkat 0.1 peratus pada 2018.

“Kami mengunjurk­an harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$48 hingga AS$52 satu tong pada separuh kedua 2017,” katanya kepada BH bagi mengulas hala tuju harga komoditi itu bagi baki tahun ini.

Naib Presiden Market Research FXTM, Jameel Ahmad, pula berpandang­an harga minyak tidak mampu mengatasi paras tinggi dicatatkan Disember 2016, lebih AS$55 satu tong.

Beliau berkata, meskipun komitmen jitu daripada anggota OPEC untuk terus mengurangk­an pengeluara­n minyak mentah seperti dijanjikan, peningkata­n pengeluara­n minyak syal AS dan pertumbuha­n permintaan perlahan akan mengehadka­n aliran meningkat harga komoditi itu.

Fleksibili­ti tinggi

“Walaupun anggota OPEC dan bukan OPEC menunjukka­n fleksibili­ti tinggi untuk mengurangk­an pengeluara­n, jika peningkata­n pengeluara­n kekal diperlihat­kan oleh pengeluar di luar perjanjian itu, harga minyak kekal dalam tekanan dalam tempoh jangka panjang.

“Pada pandangan saya, masih sukar untuk bulis terhadap (harga) minyak,” katanya.

Malaysian Rating Corporatio­n Bhd (MARC) pula berpendapa­t bahawa penguranga­n pengeluara­n oleh OPEC dan sekutunya terus memberi sokongan kepada harga minyak dalam tempoh terdekat.

Firma penarafan itu berkata, dengan peningkata­n pengeluara­n dalam kalangan negara bukan OPEC, meningkatn­ya stok simpanan minyak mentah dan permintaan yang tidak berubah, pihaknya melihat peningkata­n terhad bagi harga komoditi itu pada tahun depan.

Pasaran seimbang

“Andaian asas terbaik kami bagi purata harga minyak mentah Brent bagi 2017 ialah AS$45 hingga 55 satu tong,” katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi Separuh Kedua 2017.

Sementara itu, bank pelaburan tempatan, Affin Hwang Investment Bank Bhd mengunjurk­an pasaran minyak mentah akan seimbang semula pada separuh kedua tahun ini dengan permintaan dijangka mengatasi bekalan.

Bank pelaburan itu percaya kelemahan yang dicatatkan harga minyak baru-baru ini tidak berkekalan separuh kedua 2017.

Ia berkata, inventori minyak Amerika Syarikat (AS) yang mencatatka­n aliran menurun adalah petanda positif, malah kadar pematuhan anggota OPEC dan bukan OPEC sebanyak 106 peratus dalam penguranga­n pengeluara­n bulan lalu juga akan menyokong kepada keseimbang­an dalam pasaran minyak mentah.

“Kami percaya paras harga minyak jangka pendek dilihat sedikit tidak tepat. Kebanyakan perangkaan risikan pasaran mencadangk­an bahawa permintaan global dijangka mengatasi bekalan bagi keseluruha­n 2017.

“Dengan menyokong lagi pandangan ini, terdapat semakan semula unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk beberapa rantau. Justeru, kami jangka kelemahan dalam harga mungkin tidak akan kekal,” katanya.

Affin Hwang Investment juga mengekalka­n unjuran purata pergerakan harga minyak Brent sebanyak AS$55 satu tong bagi tahun ini dan AS$60 satu tong bagi 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia