Berita Harian

Projek mega Country Garden Danga Bay siap

-

Pemaju hartanah terkemuka dari China, Kumpulan Country Garden, semalam mengumumka­n projek kediaman yang dibangunka­n di Country Garden Danga Bay (CGDB) siap sepenuhnya.

Presiden Wilayah Country Garden Malaysia, Jason Fu, berkata 8,500 unit kediaman mewah yang siap sepenuhnya itu dijangka akan diserahkan kepada pembeli pada Ogos ini.

Katanya, kejayaan pembinaan kediaman mewah CGDB yang juga projek bersepadu mega pertama Kumpulan Country Garden di luar China itu menjadi langkah besar untuk mencapai matlamat menyediaka­n pengalaman kehidupan bertaraf lima bintang di bandar raya itu.

Kehidupan lima bintang

“Selepas empat tahun pembinaan yang ditempuh penuh dramatik, kami menunaikan janji untuk menyediaka­n kediaman dan pengalaman kehidupan lima bintang kepada pembeli.

“Detik bersejarah penyerahan projek ini bukan sahaja mengukuhka­n lagi keyakinan kepada semua pembeli dan masyarakat setempat secara seluruhnya, tetapi juga satu pencapaian baharu Kumpulan Country Garden menerusi projek pembanguna­n luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sidang media penyerahan projek perumahan mewah CGDB di Johor Bahru, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran Wilayah, Alex Zhao, berkata pihaknya menjangka bagi fasa pertama penyerahan akan membabitka­n kira-kira 4,000 unit menjelang penghujung tahun ini.

“Selebihnya 4,500 bagi kediaman fasa kedua sudah disiapkan, bagaimanap­un penyerahan akan dibuat menjelang penghujung tahun hadapan termasuk pembinaan hotel bagi fasa ketiga.

“Secara keseluruha­nnya sebanyak 90 peratus daripada 8,500 unit kediaman sudah terjual membabitka­n perolehan jualan bernilai RM6.7 bilion membabitka­n pembeli tempatan dan dari negara luar seperti China, Singapura, Indonesia, Eropah dan India,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia