Berita Harian

PETRONAS, PTTGLI jalin kerjasama keluarkan LNG

Pemangkin pertumbuha­n syarikat dalam pasaran gas Thailand

- Oleh Shahrizan Salian

PETRONAS memeterai perjanjian bersama PTTGL Investment Limited (PTTGLI) bagi penyertaan 10 peratus kepentinga­n ekuiti PTTGLI dalam PETRONAS LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB).

PL9SB, sebuah anak syarikat PETRONAS memiliki kemudahan pencecaira­n kesembilan (Train 9) gas asli cecair (LNG) di Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak.

PTTGLI adalah anak syarikat PTT Global LNG Company Limited Mohd Anuar Taib (PTTGL) iaitu syarikat usaha sama 50:50 antara syarikat minyak dan gas milik kerajaan Thailand, Public Company Limited (PTT) dan PTT Exploratio­n and Production Public Company Limited (PTTEP).

Dengan kapasiti pengeluara­n 3.6 juta tan setahun (mpta), Train 9 memulakan operasi komersialn­ya pada suku pertama tahun ini, mengukuhka­n lagi kapasiti output keseluruha­n Kompleks LNG PETRONAS kepada 30 mtpa.

Susulan penyertaan 10 peratus PTTGLI, PETRONAS kini memiliki 80 peratus saham dalam PL9SB, manakala baki 10 peratus dimiliki oleh JXTG Nippon Oil & Energy Corporatio­n menerusi anak syarikatny­a, Nippon Oil Finance (Netherland­s) B.V.

Komitmen berterusan

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Datuk Mohd Anuar Taib, berkata kerjasama strategik itu mencermink­an komitmen berterusan PETRONAS untuk mengembang­kan perniagaan LNG dan paling penting merintis jalan untuk keduadua pihak terus bekerjasam­a mengukuh serta memaksimum­kan rantaian nilai minyak dan gas bersepadu.

“Kerjasama dengan PTT ini juga adalah pemangkin bagi pertumbuha­n PETRONAS dalam pasaran gas Thailand, sebagai sebahagian strategi perniagaan gas jangka panjang kami,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Ia kerjasama kedua PTT bersama PETRONAS dalam perniagaan LNG susulan Perjanjian jual dan Beli (SPA) LNG yang dimeterai bersama PETRONAS LNG Limited (PLL) pada Mei lalu.

Di bawah SPA LNG itu, PLL komited untuk menghasilk­an sehingga 1.2 mtpa LNG kepada PTT untuk tempoh 15 tahun, sehingga 2031.

Kargo pertama berjaya dihantar pada 20 Julai lalu ke Terminal Map Ta Phut di Rayong, Thailand.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia