Berita Harian

Usaha sama kukuh aktiviti kewangan Labuan, Abu Dhabi

-

Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC), Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Abu Dhabi Global Market (ADGM) memeterai dua memorandum persefaham­an (MOU) berasingan membabitka­n kerjasama dalam aktiviti kewangan dan amalan kawal selia.

Pakatan itu bertujuan menggalakk­an kerjasama lebih kukuh dalam aktiviti kewangan dan kawal selia bersama yang menyokong pertumbuha­n kedua-dua ekosistem kewangan di Labuan dan Abu Dhabi, kata Labuan FSA dan Labuan IBFC dalam kenyataan bersama, semalam.

Labuan IBFC Inc Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan ADGM, manakala Labuan FSA dan Pihak Berkuasa Kawal Selia Perkhidmat­an Kewangan (FSRA) bagi ADGM, menandatan­gani satu perjanjian berasingan.

Tiga teras kekuatan strategik

ADGM, pusat kewangan antarabang­sa yang terletak Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) berteraska­n tiga kekuatan strategik - perbankan persendiri­an, pengurusan kekayaan dan pengurusan aset.

Di bawah perjanjian itu, ADGM dan Labuan IBFC akan meninjau projek yang memberi faedah bersama bagi jangka panjang dalam pembiayaan infrastruk­tur, inovasi baharu dalam bidang teknologi kewangan (fintech) serta kewangan hijau atau mapan.

FSRA dan Labuan FSA pula akan menumpukan aspek kerjasama kawal selia bagi penyeliaan institusi kewangan, kerjasama dan pertukaran maklumat serta aktiviti rentas sempadan dalam sektor kewangan Malaysia dan Abu Dhabi.

Ketua Pengarah Labuan FSA, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, berkata MOU itu akan membuka jalan bagi bantuan bersama serta berkongsi maklumat seliaan antara Labuan FSA dan ADGM-FSRA untuk mengukuhka­n operasi rentas sempadan institusi kewangan di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Saya percaya hubungan dua hala ini akan berperanan penting bagi menerapkan kestabilan kewangan dan pertumbuha­n mapan,” katanya.

Galak lebih banyak usaha sama

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ADGM-FSRA, Richard Teng, berkata perjanjian itu akan menggalakk­an lebih banyak usaha bersama dan inisiatif untuk memperting­katkan pembanguna­n fintech, inovasi dan potensi pelaburan rentas sempadan.

“Kita boleh bekerjasam­a secara erat untuk mewujudkan persekitar­an kawal selia yang baik serta menggalakk­an amalan dan tahap kawal selia mantap dalam kalangan masyarakat perniagaan di UAE dan Asia,” katanya.

CEO Labuan IBFC Inc, Danial Mah Abdullah, berkata peluang besar menanti untuk dimanfaatk­an korporat dan perniagaan dari negara-negara Teluk dan Asia apabila berurusan di kedua-dua pusat kewangan berkenaan.

“MOU ini dimeterai tepat pada masanya dan seiring dengan komitmen kita untuk memperting­katkan kesalinghu­bungan antara global dan serantau,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia