Berita Harian

Public Bank sasar kekal untung segmen peruncitan

-

Public Bank Group menyasar mengekalka­n keuntungan­nya menerusi strategi pertumbuha­n organik atau secara dalaman dengan menumpukan segmen teras perniagaan peruncitan­nya bagi tahun kewangan 2017.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank Bhd, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata ia berlandask­an asas dan kedudukan pasaran kumpulan itu yang kukuh.

“Kumpulan ini menyasar pertumbuha­n pinjaman akan seiring aliran pasaran dan pencapaian­nya mendahului pertumbuha­n industri.

“Kualiti aset akan terus menjadi kekuatan utama untuk ditumpukan dengan sasaran nisbah pinjaman terjejas kasar kekal pada kurang satu peratus pada 2017,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Hong Piow, kumpulan itu juga komited mengekalka­n amalan kawalan dan pengurusan kos secara berhe- mat dengan sasaran nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 33 peratus kepada 34 peratus.

“Margin faedah bagi tahun ini dijangka kekal di bawah tekanan berikutan persaingan sengit bagi pertumbuha­n pinjaman dan deposit pada masa ini selain peningkata­n kos dana.

“Bagaimanap­un, kumpulan ini terus berusaha gigih untuk meningkatk­an dagangan perniagaan bagi menampung pemampatan margin,” katanya.

Mengulas lanjut, Hong Piow berkata, bagi mencapai sasaran ditetapkan, cabaran utama dihadapi Public Bank Group adalah aspek persekitar­an operasi dan persaingan landskap perbankan yang sengit.

“Kumpulan ini akan terus fokus kepada usaha mencapai sasaran kewanganny­a. Ia juga terus komited untuk mengukuhka­n kelebihann­ya dari segi persaingan, kecekapan operasi dan kemantapan perkhidmat­an pelanggan,” katanya.

Kenaikan harga

Menurut beliau, peningkata­n persaingan termasuk kenaikan harga dan penyusutan nilai ringgit, ternyata memberi kesan terhadap sentimen pengguna dan perniagaan yang sebaliknya menjejaska­n pertumbuha­n perniagaan perbankan.

“Bagaimanap­un, ekonomi Malaysia secara keseluruha­nnya kekal dalam trajektori positif biarpun berdepan cabaran. Ini berikutan permintaan domestik yang kekal sebagai pemacu aktiviti ekonomi,” katanya.

Menyentuh pertumbuha­n upah serta pasaran buruh yang stabil, Hong Piow berkata, faktor berkenaan terus menyokong perbelanja­an domestik.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017, untung kasar Public Bank naik kepada RM1.736 bilion berbanding RM1.551 bilion, sebelum ini. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia